Tomorrow

muka budak form 3 -.-

Assalmualaikum

          This is last entry before i take my result tomorrow, jantung ni berdegup makin laju, tangan ni menggeletar tak henti henti dari bangun subuh pagi tadi. Hanya Allah je tau bertapa resahnya saya masa ni. Jom baca doa resah hati sat ;



          Hm ,rasa resah, baca Alquran (':  Cara terbaik menenangkan hati. So esok pagi pukul 10 dah kene ada kat sekolah, baju semua tak gosok lagi kut. Haish, kasut pun kat luar lagi. Huh, buntu, apa pun tak boleh. semua yang syera buat serba tak kena. Allah nak menguji sejauh mana iman kita :'> Bersabarlah

          So esok mesti ramai gila yang akan tanya result kan. mesti tak henti henti phone ni menyanyi. Hish risau betullah >.<  So kepada semua reader yang mengambil PMR, goodluck for tomorrow. Apa pun keputusan yang kita dapat, jangan putus asa. Kita masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan selagi nyawa dikandung badan :') Keep smile dan jangan lupa ucap Alhamdulillah. Jangan menitiskan air mata kekesalan, tak akan mengubah apa apa. 

          Syera dapat text dari kawan syera, berguna untuk semua yang Muslim, InsyaAllah , so nak share sikit lah . Sebelum keluar rumah sebaiknya, minta ibu bapa sama sama membaca 1. Al-Fatihah, 2.Ayat Kursi, 3.Surah Al-Ikhlas(7x), 4. Surah Al-Alaq(3x), 5.Surah An-Nas(3x). Berdoa kepada Allah dengan rendah hati dan minta kepada Allah apa yang terbaik untuk kita sebagai seorang muslim. Mulakan perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan. 

          Ingat, kepada mereka yang dapat result bagus tu, jangan bongkak dan taqbur. Allah sentiasa melihat hamba-hamba-Nya. Sekejap je Allah boleh tarik nikmat korang tu. Jangan lupa, banyakkan berdoa. berzikir sebelum ambil result. InsyaAllah segalanya akan baik (':

Doa bertawakkal kepada Allah ;

Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, hanya kepada Engkaulah kami bertaubat, dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh hanya Engkau Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Mumtahanah: 4-5). 


Terima kasih kepada yang wish kat syera, Phone, facebook, twitter and else

Sangat sangat dihargai. Minta didoakan untuk kejayaan Syera :'>

Written by .Nur Insyirah Izzati

No comments:

Post a Comment