Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. :)


Bulan ini, bermula hidup aku sebagai seorang pelajar Universiti. Takut. Tak sabar. Aku tahu akan banyak rintangan yang akan aku hadapi nanti. Tapi aku tahu Allah itu dekat jika kita sentiasa mengingati Dia kan. Jadi aku yakin walaupun aku jauh dengan mama abah, Allah ada untuk jaga aku.

Aku harap aku tak berubah makin teruk nanti. Mungkin aku jauh dari kawan-kawan aku yang selalu bantu aku, bagi semangat kat aku, nasihatkan aku, dan apa yang aku harapkan aku jumpa dan dapat kawan-kawan yang boleh sama-sama bimbing aku tarbiyah diri nanti. Aku sedar, hidup zaman sekolah dengan hidup zaman universiti sangat berbeza. Kat sekolah cikgu akan selalu tengok-tengokkan kita kan. Kawan-kawan aku pun Alhamdulillah memang jenis ajaran agama tu ada walaupun macam gila-gila sikit. Papepun ikhtilat jaga kan, sayang. Nak dibandingkan dengan Universiti, macam-macam pesen manusia ada. Jadi aku kene pandai pilih kawan la kan. Hehe.

Sekarang ni aku dah malas sangat nak menaip panjang-panjang macam dulu. Skill menaip aku pun dah macam apa memandang kan aku dah jarang sangat nak bukak laptop and computer. Setakat taip tap tap tap kat keyboard phone yang kecik tu guna dua ibu jari je. Tapi bila guna laptop ni nak kene guna banyak jari. Haha.

To be honest, yeah. this me the new me. Aku harap istikomah. Doakan aku jadi wanita berjaya yeee hehehehe.

Barakallah..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh :)

No comments:

Post a Comment