Where Knowledge Is Applied

HAHA

Tiba-tiba rasa lawak pula bila tengok treadmark Unikl ni. Sekarang aku dah jadi sebahagian daripada Mahasiswa UniKL. Walaupun bukanlah cita-cita aku nak pergi ke sana, dah kos yang aku dapat dari Universiti lain semua yang aku tak suka, jadi dengan terbuka hatinya aku terima pelawaan Universiti Kuala Lumpur untuk sambung belajar dalam jurusan Kejuruteraan. Aku masih teringat bila abang Muiz ( bakal abang ipar ) terkejut bila aku cakap aku ambil kos kejuruteraan disebabkan tangan aku yang kecil dan terlalu molek untuk buat kerja-kerja lelaki, aku tergelak dan dengan selambanya jawab "Ambik Network la" fuhhh, lega agaknya dia dengar. Hehe ingatkan electrical la kut. 

Sepanjang hidup aku di Universiti, penuh suka dan duka. Masa MSR aku tak pakai pun niqab disebabkan aku nak tengok dulu keadaan budak budak situ macam mana. Aku terlalu malu dan takut. Jadi aku tekad masuk class aku pakai. Tapi kan kan kan, banyak pula ujian yang mendatang. Haha nak tak nak kene hadap juga. Aku malas nak cerita banyak sebenarnya. 

Paling aku suka kan, mestilah dapat kawan baru kan. Makhluk Allah ni dah la cantik, flawless, beautiful, gorjes, dan lain-lain sebab tu lah kut dia ni banyak orang minat tau. Tambahan, dia ni style-style budak-budak sekolah aku juga la. Kira bab solat ke apa takyah suruh buat. Islamic gitu. Tu yang aku bersyukur sikit tu. Tapi kalau Shaitonirrajim dia dah keluar, ha jangan lah dekat dengan dia. Kira dia ni Partner in Crime la. Nama dia.. Jeng jeng jeng.. Nadhirah Abdul Hakim!! tepuk sikit semua..


"Hish, kau ni dah macam princess aku tengok"

Jadi disaat itu, makin ramailah memanggil aku princess. Uhhuk tersedak pulak orang panggil princess-princess ni. Geli geleman aku. Tapi nak buat macam mana, dah biasa pulak sekarang. Aku sampai sekarang masih belum jumpa sebarang lembaga yang mampu buat aku dup-dap lagi. Maklumlah hati ni dah la keras, macam titanium katakan. Selalunya masuk U ni lah nak mencari-cari, tapi aku ni Masha-Allah susah. Mungkin sebab memang niat aku kuat nak belajar kut. Ahaks~ Berangan kejap jadi Ir. 

Di suatu pagi yang begitu dingin, ditambah lagi dengan suhu aircond Campus MIIT yang mencecah suhu 0 darjah celcium ( acah je tu, sebab aku sendiri pun tak tau berapa ) aku kesakitan yang teramat sangat, sudahlah ada sambutan hari raya, ditambah lagi ada presentation petang tu pukul 1230. Aku tak bawak ubat pula ke campus. Jadi terpaksalah aku menahan kesakitan yang teramat sangat sehinggalah pulang. 

Jadi, kalau dah sakit tu, bawa lah ubat ke mana-mana sahaja. Supaya kawan korang boleh suapkan ubat manja-manja dengan korang. Ahaks. Okay bye Assalamualaikum wa chow dulu nak layan ni


Wokkey, I tau I comel, so shutup~

Written by NrInsyrhIzzti

No comments:

Post a Comment