Being A Superb Woman



Okay sebab aku dah janji nak ambil salah satu tajuk dari suggestion korang dekat Instagram aku. So aku rasa aku nak ambik tajuk adik manish (padahal lagi tua dari aku) lagi baik hati, Anish Pyda @anisfydaaa . Dia suggest aku share about being a superb woman, antara cinta, akhirat dan komitmen diri. Such a huge topic to discuss and untuk aku huraikan satu-satu. Tapi I try my best untuk dedahkan korang dengan "Siapa superb woman ni?" Okay! Let's start. Oh yes, before that, sebelum aku terlupa. Aku nak cakap terima kasih pada korang yang bagi suggestion kat aku untuk topic apa yang aku patut tulis dekat blog aku ni. Ada yang menarik, ada yang susah aku nak hurai. InsyaAllah aku akan cuba up entry berkenaan topic-topic lain. Oh aku nak ingatkan, this entry memang akan jadi superbbbbb panjang. So sediakan popcorn! Ok let's start.

So move to our main topic here, aku tak tahu apa definisi superb woman bagi korang. Hebat dalam serba serbi ke? Bagus dalam pelajaran ke? Bagus dalam kerja ke? Hebat dalam rumah tangga ke? Masing-masing ada pendapat sendiri. Rata-rata orang akan kata. The superb woman adalah seorang ibu. Yes, aku tak nafikan. Ibu seorang perempuan yang tabah. Bahkan bagi aku lagi lebih tabah dan kuat dari seorang ayah. Aku tak nafikan ayah punya tanggungjawab besar dalam keluarga. Tapi ibu itu yang membawa kegembiraan dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu sehari pun kita dah tak tentu hala. Dia yang menyalurkan emosi dalam seisi rumah. Sedih dia, suram la rumah tu. Bahagia dia, cerialah rumah tu. Aku ingat lagi waktu kecil, pagi-pagi aku akan cari mak aku dulu. Kalau tak jumpa, aku akan tanya "mama mana?" kalau aku tak dapat jawapan, aku akan terus call mak aku tanya dia pergi mana. Even suara mak la paling effective untuk aku bangun pagi. Macam alarm. Selalunya aku akan menyahut kalau "diri aku" dengar mama panggil aku bangun. Walaupun aku tak sedar pun sebenarnya. Haha. Hebatnya ibu. Sebab dia tulang belakang keluarga. Ayah adalah kepala, duduknya paling atas. Tapi tanpa ibu yang membantu jadi tulang belakang, takkan harmoni pun sesebuah keluarga. Dan orang paling dekat untuk kita idolakan sebagai superb woman, bukan orang lain. Tapi ibu kita sendiri. Sebab itu mulianya seorang ibu sampai 3 kali nabi tekankan tentang orang yang paling perlu dihormati adalah ibu, baru ayah. Itu secara generalnya.

Sekarang aku nak cakap pasal macam mana kita nak jadi perempuan yang hebat ni? Since aku pun takde anak lagi untuk bolehkan aku jadi idola kepada anak-anak aku. Haha. Orang tak jadi isteri, tak berkahwin, tak ada anak lagi ni tak boleh jadi superb ke? Mestilah boleh. Cuma tak ada orang pandang sangat dan sayang kita sangat macam mana anak-anak sayang ibu dia je la. Bagi aku, perempuan yang superb adalah perempuan yang tak pernah putus asa, tabah, ada sifat empathy dan sympathy. Kenapa? Perempuan yang cepat putus asa, susah untuk pergi jauh dalam apa pun yang dia buat. Contoh, kalau dia gagal dalam pelajaran, dia rasa "aku ni memang dilahirkan kurang bijak" so dia akan rasa better give up je dalam pelajaran. Kalau dia cakap dia menerima takdir. Itu concept yang salah. Kalau dia gagal sem ni, dia patut improve cara belajar dan belajar lagi gigih. Bukan sama je terima takdir. Bagi aku, buat sehabis baik dulu, jangan membazir masa, then kalau still gagal, barulah itu takdir Allah. Tapi kalau kerja membongkang, pemalas, main-main. assignment pun tak buat, kerja group pun harap orang lain yang siapkan kau tak ambik port pun. Tak payah marah Allah kenapa kau gagal. Paling penting, don't give up. Gandingan untuk sifat tak putus asa ni, semestinya passion. Bersemangat nak buat sesuatu atau reach something or goals.

Tabah pun lebih kurang la. Kene kuat dan sabar. And element terpenting jugak ada sifat empathy dan sympathy. Apa empathy ni? Empathy ni kau boleh rasa apa seseorang tu rasa. Bak kata lain, kau ada ditempat dia. Kalau dia sedih, kau boleh faham dan rasa sedih tu, kalau dia ada masalah, kau boleh faham dan berusaha juga untuk tolong selesaikan. Dan kau pernah experiece benda tu. Sympathy? Simpati ni macam kau caring dan faham. Contoh, mak kawan meninggal. Tapi mak kau ada lagi. Yang kau rasa cuma simpati dan caring. Dan kau tau dia sedih. Kau pun takde laa nak melawak-lawak sangat macam biasa dalam keadaan macam tu. Kau hormat perasaan dia even kau tak tau rasa sedih hilang mak tu macam mana. Senang nak faham, kita kesian laa dekat apa yang jadi terhadap orang lain.

Kenapa aku kata benda-benda ni penting? Empathy, sympathy, tak give up semua ni? Sebab perempuan, bermain dengan emosi yang kuat. Walaupun kau belajar pandai, tapi kebanyakan keputusan yang kita buat daripada hati. Dan nak jadi perempuan superb, kene mahir dalam menilai seseorang melalui hati kita juga. Bagi aku, tak salah menilai seseorang. Tapi kene dengan cara yang betul. Bukan serkap jarang. Itu yang salah. Kene melalui hati yang bersih. Lagi-lagi dalam memilih pasangan. Perempuan yang hebat, mereka yang tau apa nilai yang ada pada seorang lelaki yang mereka nak jadikan suami dan ayah kepada anak-anak. Kalau pernah putus cinta sebelum ni, tau macam mana nak tapis lelaki. Maksud tapis lelaki ni macam mana? Kalau sebelum ni kaki perempuan, kau jangan laa cari yang kaki perempuan lagi. Yang jenis sweet talker, flirt memanjang. Even dengan kau pun nak flirt, menggatal. Haha no okay. Terus tepis jauh-jauh. Sebab kalau dia boleh buat dekat kau, dia boleh jugak buat dekat perempuan lain. Kalau yang jenis baran pun macam tu. Alah faham laa sendiri. Orang kata learn from mistakes. Kenal hati budi macam mana. Berkawan dulu. Bukan bercinta terus. Aku pernah buat kesalahan yang sama. Haha aku mengaku. Perempuan hebat mesti pandai bercinta. Bercinta dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling dan last sekali, suami dan family sendiri. Dekat sini kene laa terapkan sifat empathy dan sympathy ni. Paaaaaaaaling penting, kene mahir dalam memahami seseorang. Ye perempuan memang nak dimengerti dan di fahami. Aku pun. Tapi perempuan yang superb, dia tau juga untuk memahami orang-orang yang dia sayang. Lagi-lagi ibu bapa dan suami. So kalau pun ada yang dalam fasa bercinta, cubalah fahami your other half tu. Bercinta dengan bersahaja adalah yang paling terbaik. Bersahaja tu maksudnya, takde laa nak perhatian banyak-banyak sangat, sikit-sikit nak ws tanya dekat mana. Cukup sekadar tanya khabar and wish pun dah okay. Ada masalah bincang. And paling penting, jangan tinggikan ego. Wanita hebat mana pun, lebih hebat kalau dia tau dekat mana dia patut gunakan ego dia. Kalau dengan mak ayah and suami, jangan laa tinggikan. Kene faham tu. Apa jadi kalau tak pandai jaga emosi dan tak tau turunkan ego, yee kita akan jadi besar kepala, sentiasa nak menang, bangga diri. Kalau dapat suami yang sabar tu takpe lah. Kalau dapat suami yang senang tercabar kesabaran dia, ber huhuhu je laa kalau jadi pape. Beringat la sebelum terkena.


Then kita sentuh bab akhirat. Perempuan yang hebat bukan sahaja berjaya dunia, dalam pelajaran, bisnes dan pekerjaan, tapi dalam menjaga hubungan dengan Allah dan Rasulullah. Akhirat bukan terletak pada solat, puasa, selawat je. Tapi segala tindak tanduk kita kene niat lillahi taala. Lebih baik untuk perempuan capai tahap Ihsan yang tak semua orang mampu nak capai. Apa Ihsan ni? Ihsan ni bila kau buat sesuatu, kau buat seolah-olah kau tahu Allah sedang melihat kepada kau dan kau melihat Allah. Dan berapa orang yang mampu capai tahap tu? Even aku pun sendiri selalu lalai. Jadi bukan nak berjaya dunia je. Kene capai tahap Ihsan untuk berjaya akhirat juga. Kalau kau tahu ilmu agama kurang, pergi lah cari ilmu agama. Majlis-majlis ilmu, seminggu sekali. Wanita hebat takkan pernah berhenti cari ilmu. Jangan berhenti belajar dan jangan malu untuk belajar. Aku tak pernah malu kata umur 23 aku still tengah belajar Al-Quran. And ramai je orang-orang tua yang datang untuk belajar Al-Quran lagi. Even kau rasa bacaan kau dah betul, macam aku dulu. Jujur bila aku belajar balik, baru aku sedar, banyaknyaa bacaan aku yang tak betul. Even lancar. Lagi-lagi tajwid. Allahu. Jadi, nak jadi hebat, kene buat banyak improvement dalam diri. Jangan malu walaupun terpaksa belajar dengan Sheikh, atau guru lelaki. Even aku pun belajar dari guru lelaki. So, untuk jadi wanita hebat dengan akhirat, jangan berhenti belajar agama. Jangan sebab malu, kau terus duduk dalam kejahilan.

Move to commitment. Berapa ramai perempuan dan wanita diluar sana yang ada komitmen yang banyak? Tak ramai. Rata-rata hanya ibu bapa, anak-anak dan paling pun bayar duit hutang belajar dan kereta. Tu financial, macam mana dengan commitment dengan ibu bapa, keluarga, anak-anak, suami, kerja, belajar? Pun tak ramai. Rata-rata perempuan yang dah berkahwin dan duduk rumah, commitment dia pada suami dan anak-anak. Financial? tahniah korang boleh duduk selesa dirumah suami tanggung semua. Kebanyakannya. Untung suami kerja bagus, gaji RM5,000 keatas. Tapi wanita superb ni kebanyakan bukan dari kalangan suri rumah, even jadi suri rumah ni bagus. Tapi perempuan superb ni datang dari kalangan mereka yang walaupun banyak commitment dengan keluarga, dan kerja, tapi tak pernah merungut penat, atau letih. Diorang ni lebih berdikari, dan jarang nak harap orang tolong diorang. Even pada suami. Tapi suami masih wajib bagi nafkah ye. Dan wanita hebat ni, sekalipun dia sibuk dengan kerja dan belajar (kalau ada), dia tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan dan lagi-lagi isteri dan seorang ibu. Believe me, diorang ni lagi cekal dah tabah untuk mengurus keluarga dan rumah tangga. Untung lelaki dapat isteri yang walaupun balik penat berkerja, tapi still boleh masakkan untuk suami, jaga anak, basuh baju, kemas rumah. Cuma percayalah, mereka ni walaupun tak pernah merungut, tapi mereka ni penat 1000 kali lagi penat dari suami. Jadi ringan-ringankan tulang tu bantu isteri anda. Lain laa rumah ada bibik. Kah-kah. Mampu ke?

Yes, bukan semua boleh jadi perempuan hebat ni. Aku sendiri tengah berusaha untuk kejar apa aku nak. Orang kata aku optimist. Tapi aku cuma nakkan kepuasan dalam apa yang aku buat. Kalau kerja, kerja sampai orang boleh harap pada kau. Kau ada value sampai bos sayang nak lepas kau. Kalau kau belajar, belajar sampai kau dapat dekan. First class. Orang kata buat apa kau nak score, nanti kerja belum tentu pakai. Beb, mana tau esok kita jadi apa. Kalau aku usaha pun, untuk ilmu. Biar lekat dan berkat. Exam memang bukan penentu. Tapi bila kita berjaya dalam pelajaran, itulah kegembiraan dan itu salah satu pencapaian dan kepuasan bagi aku. Bukan aku je, tapi untuk mak ayah jugak. Nak jadi isteri pun, jadilah yang terbaik di mata suami kita. Bukan sekadar "isteri". Bukan senang ye. Lagi pula perempuan macam aku, yang tengah berkerja, malam hari belajar agama, mengajar mengaji, talaqi lagi, mengajar lagi sabtu pagi, sabtu ptg sampai ahad malam ada class dekat campus. Belum kira cita-cita aku yang lain lagi. 5 tahun lagi aku nak capai apa. Kut aku tetiba tukar profession jadi lecturer ke, jadi bisness woman ke. Mana kita tau kan. Kalau aku kahwin sekarang, boleh ke suami aku tahan? boleh ke terima aku yang memang jenis mcm ni. Aku risau suami aku jadi isteri je ahahahahaha! Aku tak kejar duit. Aku kejar something yang aku boleh value myself. I deserve better than this. Aku tak kejar pangkat, tapi aku rasa aku kejar kepuasan. Asal kepuasan tu Allah redha, like, menimba ilmu. Why not kan? So pada wanita diluar sana, kalau korang dalam keadaan diatas, sabar dan tabah, jangan putus asa. Teruskan perjalanan dengan jadi lebih better dari semalam. Allah letak kita atas jalan ni sebab kita mampu. Jadi kita kene mampu no matter what. Aku belum superb lagi. Ashe-ashe je haha 😜


Aku bagi kesimpulan laa, panjang sangat dah ni, apa pun yang kita buat, buat yang terbaik dan niatkan lillahi taala. InsyaAllah Allah bantu kita. Jadilah superb woman dalam apa pun yang kita buat. Kalau jadi ibu, jadilah supermom, kalau jadi isteri, jadi laa superwife. Kalau jadi pelajar, jadilah superstudent. Haa gittew. Faham kan? Kalau banyak sangat jadi dalam satu masa, jadilah superwoman yang berjaya dunia akhirat. Sorry aku update lambat. Too busy with work and tonnes of assignments + kene study dah nak final exam. This week ada test, next week ada quiz lagi. Doakan saya berjaya dan jadi superbbbbbb woman. AMIN!!

Kenapa aku letak gambar aku hiking aku? Analoginya menggambarkan superb woman ni akan memikul banyak taggungjawab yang berat tapi still boleh reach to the highest point. Harap faham la. Jangan lembab sangat. kbye!

10:46 PM
 9 April 2019
@Bilik Sendiri, Seksyen 18. Shah Alam