Hiking 3 -- Bukit Saga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

26 March 2016 (Sabtu)
9:45 am-10:45 am

Hello semua. 2 hari aku kemalasan nak update blog ni. Kali ni aku nak update moment aku naik Bukit Saga. Ketinggian Bukit Saga dalam 410 meter je. Aku pun tak sure exactly berapa sebab masa pergi hike Bukit Saga, aku pergi unplanned. Sebenarnya aku nak naik Bukit Nanas je dekat dengan KL tower tu, saje jalan-jalan dekat taman rekreasi pulak kan, tapi sebab jalan masuk dia aku pun tak pasti dekat mana, so aku decide nak naik Bukit Saga sebab dekat je dan tak tinggi sangat pun. Jadi aku pergi dengan kawan aku. Ikut waze, kene naik ikut kawasan perumahan yang dekat atas bukit. Belakang Rumah Pangsa Saga. Tak silap aku ada dua jalan, lalu kawasan perumahan atas bukit dengan Jalan Saga. Aku ikut Waze, dia bawak aku area kawasan perumahan atas bukit tu. Itu mungkin laluan baru ke Hill Top. Okay, kalau hike ikut kawasan perumahan atas bukit tu, tak silap aku dalam lebih kurang 45 minits sahaja. Sebab masa naik tu pun dah tinggi. Tapi kalau lalu Jalan Saga, mungkin akan ambil masa 1 ke 2 jam untuk ke puncak. Ikut pace masing-masing. Oh ye, Bukit Saga ni ada tiga Track. A, B, dan C. Track C panjang sedikit. Masa aku pergi tu, ada sekumpulan budak sekolah, mungkin yang hiking sekali. Jadi aku sampai je, aku terus get ready jalan naik atas. Takut jem haha. Jalan dia tak sukar, sedang-sedang sahaja. Cuma agak sempit sikit. 


So. ini view dari starting point aku. See, dah tinggi kan. So bila hike sekejap je. Aku lalu Track A sebab aku tak jumpa Track lain. haha, Track A ni agak mudah sebab pendek tetapi mencanak habis. Sebab straight ke Hill Top. So buat yang lemah bila memerlukan big steps bila nak hike, sabar je lah kuatkan diri korang. Aku naik lebih kurang dalam 30 minits sebab ada lah berlari sikit-sikit. 



Ini Hill Top Bukit Saga. Korang jangan terkejut bila nampak ramai warga emas dan orang cina naik Bukit Saga, sebab situ ada kelab dan persatuan diorang sekali yang jaga Bukit Saga. Okay untuk yang nak ke air terjun Sg Putih, ada satu laluan ke sana. Track C. Aku nasihatkan korang prepare diri siap-siap sebab nak ke Air Terjun agak jauh dan mengambil masa sejam rasanya. Jalan dia pun agak sukar. Dekat atas tu jugak ada buaian hammock dan alat-alat untuk bersenam dan berehat. Laluan ke Sungai agak jauh. Dan disebabkan aku takde prepare apa-apa pun dan tak plan pun nak pergi mandi sungai ke apa, dan aku naik pun dah lambat, jadi aku tak pergi pun air terjun tu. Dalam 10 minit je aku duduk atas tu rehat-rehat sambil minum air dan melihat kekuasaan Allah, aku turun balik sebab ada rombongan adik-adik sekolah nak naik. Kalau aku duduk lama-lama pack pulak atas tu. Perjalanan turun aku kurang daripada 20 minit je sebab aku turun pun berlari haha.


Maaf sangat aku tak ambil gambar banyak sebab pemalas nak pegang phone. Lepas ni kene beli camera satu senang sikit nak ambil gambar. Bukit Saga ni selalu tempat latihan stamina dan selalu jadi tempat latihan buat mereka-mereka yang akan pergi hiking tinggi-tinggi.

  Buat baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking ni, aku sarankan korang hike Bukit Saga untuk uji stamina, mental dan fizikal korang. Memang seronok :P


Nur Insyirah Izzati
4:16 pm
8 June 2016
Shah Alam, Selangor