Insyirah





Ya Allah, aku mahu jadi seperti hujan yang mulia di singgahsana langit tinggi dengan maruah dan kedudukan, namun demi sebuah amanah, hujan rela merendah diri menyimbah kulit bumi demi kelangsungan sebuah kehidupan yang di amanahkan Tuhan. Hujan tidak pernah terkhilaf menurunkan rahmat Tuhan, sedang manusia sentiasa terkhilaf dengan kesalahan dan kelupaan!Ya Allah, aku ingin jadi segagah hujan kerana kesatuan dan kesepaduan. Bukankah hujan bermula dari senipis gelembung lalu menjadi wap yang naif kemudian naik ke langit menjadi setitis air lalu turun ke bumi menjadi gerimis. Ada kalanya renyai dan ada kalanya lebat. Pada satu tahap, hujan tak mampu disukat ada kalanya tidak mampu disekat kerana ia kuat. – Insyirah

No comments:

Post a Comment