Untuk Gadis

WHEN THE THINGS GET TOUGH
JUST PRAY :')

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam to all my readers . Everyone knows aurat seorang wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali, muka dan kedua belah tapak tangan mereka. Seperti hadith di bawah yang berkaitan dengan kenyataan ana ;

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud) 

kalau dibaca sekali, siapa yang belajar sekelas dengan aku, 4 Umar di SMKS18HEBAT mesti tau aku pernah guna hadith ni dalam oral bi aku yang lepas. InsyaAllah, entry aku kali ini boleh membantu muslimah diluar sana yang mahukan perubahan yang lebih baik untuk jadi muslimah yang lebih baik. 

Harini aku nak cerita serba sedikit tentang pengalaman aku. cerita harini berkenaan stokin. Semua mesti pernah pakai stokin, tak kesah lah dia tu bayi ke, orang tua ke, dewasa ke, remaja ke. Tapi berapa ramai muslimah diluar sana yang sentiasa memakai stokin jika ingin keluar rumah.

Ada sejarah disebalik cerita stokin ni. Aku dulu macam perempuan lain jugak, tak suka pakai stokin, tau je lah kalau dah pakai stokin tu mestilah panas, rimas, tak selesa, susah kalau nak solat semua. Tapi stokin ni fungsiya sama macam tudung kan. kalau boleh pakai tudung dari kecil, kenapa stokin tak boleh kan? Aku ni dulu kalau keluar pakai selipar je sebab malas sangat nak bergaya macam kawan-kawan yang pakai sneaker, and kasut-kasut lain. Tapi semakin aku berumur ni, tau umur makin pendek, aku mula minat dengan stokin. tak kesah lah jenis macam mana, kalau tengok dalam almari tu, banyak sangat stokin yang harga RM0.98 yang beli borong dekat giant tu. Maklumlah, kecik lagi masa tu, taste pun tak matang lagi. Tapi start tahun ni, aku dah mula berjinak dengan stokin colour skinny yang tak nampak warna kulit lah. Itu pun kebanyakkannya aku ambil mama aku punya sebab aku tak reti sangat shopping barang especially barang yang perlu dipakai macam baju or else.

Kaki ni antara anggota aurat paling sering diremehkan oleh wanita, berapa ramai kawan-kawan muslimah kita yang keluar pakai stokin? Dari jauh, cantik menutup aurat, baju longgar habis, cantik dah, tapi tengok bawah, AllahuAkbar, tak pakai stokin, kan dah cacat disitu. Mungkin tak tau, atau tak ingat, ataupun sengaja malas nak pakai.


Since beberapa bulan yang lalu, aku mula tarbiyah mendidik diri, nak jadi yang terbaik. Setiap kali keluar je rumah, perkara pertama aku sediakan, stokin. Bukan baju, tudung atau lain lain, tapi stokin, sebab stokin aku selalu tak jumpa. Kalau keluar rumah tanpa stokin tu rasa sangat bersalah. Bersalah dengan Allah sebab tak jaga aurat baik-baik, bersalah dengan abah dan adik sebab bagi dosa free-free kat diorang. Berdosa dengan bukan muhrim sekeliling sebab mendatangkan dosa kat diorang. Rasa bersalah dekat diri sendiri sebab mendorong diri kepada dosa. Yang lain dah tutup sempurna, tiba-tiba kaki tertinggal. Nak kan perubahan kene mula dengan hati yang ikhlas, perlu buat dengan konsisten. Perlu istiqomah. Kene berterusan, InsyaAllah ada perkembangan, lama kelamaan kita akan terbiasa. InsyaAllah amal yang kita lakukan akan menjadi saham diakhirat kelak. Niatkan dalam hati setiap perkara baik yang kita lakukan adalah ibadah semata-mata kerana Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: 
“katakanlah kepada wanita yang beriman:’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya,serta janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak daripadanya.’” (Surah al-Nur 24:31)

Berubah dengan ikhlas kerana Allah, mesti ada hikmahnya. Belum ada lagi trend pakai stokin now kan. Tapi bila Allah suruh kita, walaupun rasa macam rimas, mesti ada sebab. Walaupun payah, dan kita tetap cuba juga, sebenarnya kita sedang belajar mentaati perintah Allah, mendekatkan diri dengan-Nya. Mestilah kalau kita dengan dengan Allah, Dia sayangkan kita kan. Nikmatnya hidup.

“Janganlah menjadi wanita yang suka mengeluh dan marah-marah tatkala mendapat cubaan. Jadilah wanita yang sentiasa sabar dan pasrah dalam mencari pahala Allah SWT.”


So dari sekaranglah kita kene berusaha, walaupun agak sukar disebabkan zaman sekarang yang penuh dengan trend and fashion. But kita kene buat untuk Allah. Bukan mudah nak mempertahankan syariat Allah, kalau kita yang muslim ni tak pertahankan, siapa lagi nak buat semua tu. Kita kene percaya, kalau kita bersungguh-sungguh, Allah pasti akan tolong. Allah akan redha setiap apa yang kita lakukan. Jadi sentiasalah berdoa pada Allah agar hati ini sentiasa ditetapkan pendirian dalam mengharungi zaman moden yang makin mencabar ni. Dikuatkan iman.

So jom lah kita sama-sama pakai stokin, bukan susah pun. Sarung je. Kan cantik kene pulak dengan pakaian yang tertutup litup. Heh, keep smile, jangan muncung-muncung. Innaha Sunnah :D

 Written by .Nur Insyirah Izzati

No comments:

Post a Comment