26 March 2019 (Selasa)
12:58pm
Hi Assalamualaikum.
So after 3 years aku mendiamkan diri dari dunia blog, korang boleh tengok previous entry aku tahun 2016. Tarikh sama dengan masa aku naik bukit Saga. Haha kebetulan aku memang tibe-tibe rasa nak menulis tadi sebab bosan hadap powerpoint lecturer kasi untuk study. Study sebab aku ada test weekend ni. Bukan dirancang ye. Yes. Aku nak buat comeback. Aku tau ramai antara korang yang tak pernah tahu aku ada blog yang dah lama wujud, tak silap aku mula-mula aku berblogging masa aku umur 13 atau 14 tahun. Around 9 to 10 years ago. Yup lama gila and masa tu memang aku gila blog. Alah, aku percaya ramai je yang ada blog cuma rasa bodoh bila baca balik entry lama-lama kan? Haha honestly, aku pun.
So biar aku cerita sikit pasal aku yang dah banyak berubah sejak dari 3 tahun dulu. Tapi biar aku cerita sejarah blog aku ni dulu. Blog yang korang tengok ni macam aku cakap, dah tertubuh sejak tahun 2009-2010 lagi, dan terlalu banyak peninggalan sejarah dan kisah silam aku dalam ni. Tak silap aku, total entry aku sampai aku umur 18 lebih kurang 450 entries, tapi majority aku delete. Sebab? Salah satu sebab terbesar adalah masa umur aku 18, aku dah start berniqab. So aku delete almost semua entry lama aku, so takde la gambar aku terpapar bersepah dekat internet. Kahkah! Sebab lain, aku malas nak ingat memory-memory lama yang"bodoh" dan patut dilupakan. So sebab aku ni jenis malas nak baca satu-satu (sebab banyak do 400 entry tu) dan taknak mengimbau balik semua kenangan tu, so aku delete je la tanpa tengok isi kisah-kisah tu. Blog aku ni jugak dah beberapa kali berubah rupa sebelum aku ambik keputusan untuk plainkan dia dengan cat putih je. Tak sama macam dulu, blog ni pernah jadi kaler pink, header aku buat sendiri. Yang korang tengok tu pun. Aku tau nampak macam bodoh, tapi biar aku kekalkan benda tu. Haha. Dulu zaman blog, banyak gila tutorial nak edit blog. Dari situ minat aku belajar coding edit-edit. Berkat blog ni jugak la aku ingat lagi, lecturer aku suka presentation aku masa aku diploma dulu sebab kene create blog. So selok belok nak edit, aku antara yang pro la masa tu. Haha. Selain rupa yang berubah, aku pun banyak kali ubah url blog aku sebab dulu banyak musuh, banyak kawan yang suka baca blog aku kuat-kuat dalam kelas (anad sikit perangai kawan aku tu), and orang yang tak patut jumpa, jumpa blog aku. Haha sampai la aku buat url ni, and biar semua orang baca. And korang tengok side bar aku tu macam takde pape sangat, sebab aku dah buang semua benda. Almost la. Tak semua.
Okay, move to cerita pasal aku pulak. So sejak lepas habis belajar dulu, aroung 2 years ago. Aku macam banyak berubah sikit. Aku tak tahu lah kearah kebaikan ke tak haha. Sebab aku tau aku bukan baik sangat. Cuma orang selalu fikir aku baik. Masa belajar memang aku takde benda nak buat sangat since aku memang belajar je kerja siang malam. Tak kemana sangat. Tak melagha sangat. Cuma masa aku belajar paling best sebab banyak cuti so aku selalu pergi hiking. Then move to after graduate, aku masih hiking, masa tu memang aku lenjan semua. Almost setiap minggu pergi hike. Then masuk fasa dunia pekerjaan. Aku "TERPAKSA" kerja sebab desakan ayah aku. Hati nak sambung belajar, tapi ayah suruh kerja. Masa tu memang rasa terpaksa la. Sampai pergi interview pun takde prepare pape sangat. Tup-tup dapat ha. Then aku ambik keputusan sambung belajar jugak part-time. Alhamdulillah nak final dah pun SEM 1. Doakan aku. Baru masuk bulan 1 haritu. Tapi sejak aku kerja dan belajar, aku jadi kurang pergi hike sebab, yela kerja weekdays siang, malam aku ada kelas agama Isnin sampai Khamis (kadang-kadang aku ponteng jugak sebab penat sangat), Sabtu Ahad aku class sampai malam. Memang pack dan itulah pengorbanan yang aku kene buat untuk lebih kurang 4 tahun ni. Tambahan aku ada class mengaji pulak hari sabtu pagi. Jadi, memang hidup aku untuk 4 tahun ni hanya kerja, melajar dan mengajar. Hiking, boleh tapi kene ambil cuti.
Itu sajalah.
Aku nak cerita panjang-panjang pun banyak lagi kerja nak buat. So aku sambung nanti je. Korang boleh comment dekat bawah entry aku ni. Aku jenis suka menulis panjang-panjang so terima je lah seadanya. Dan aku akan update blog ni ikut suka hati aku la bila aku nak. Nanti aku update la dekat IG aku ha biar semua orang boleh baca. Kepada yang pernah kenal aku sejak zaman blog aku. Kita lupakan la kebodohan dan kenangan pahit manis kita. Manis pun lupakan je sebab aku taknak ingat. Haha.
Oh ye, sebelum terlupa. Aku masih belum berkahwin. Sekian, Wassalam.
Nur Insyirah Izzati
No comments:
Post a Comment