Ya Ukhti

Setiap pertemuan, pasti berlaku perpisahan...

Bismillahirrahmanirrahim..
Hi budak rawang, eh I mean budak rawang. Eh.. hehe I miss you, terribly..
How was your new school. Hm, sure kau happy dekat sana kan kan? Rindunya lah dekat budak kecik sebelah saya tu. Dalam gambar tu. Hehe, mimi saleha. I just hope you're fine there. Aku dekat sini okay, just tulah rasa sunyi kau tak ada dekat kelas. Almost a year kita sekelas, banyak aku belajar dari kau. Hidup ni selain beribadah, kita kene bergembira dengan orang yang kita sayang jugak. Aku happy dalam kelas 4Umar. Aku happy kita rapat. Aku happy kau asyik cakap "bede ni sehari tak berkepit dengan aku, tak sah!" Haha, aku rasa funny pulak.. 

Sorry aku menangis, tulah mata aku bila dah 2 hari menangis je. Sepet, haha semua orang boleh nampak. Entah kenapa masa hari yang kau cakap kau nak pindah tu, aku rasa sedih sangat, aku duduk dengan Hamizah sebab nak cover aku sedih, aku letak kepala atas meja dia, dengan buku arab dekat muka aku, entah kenapa bila aku cakap dengan Hamizah, suddenly aku menangis. Hamizah cakap "weh,jangan menangis, basah buku arab nanti" haha, tergelak aku. Maybe sebab aku terasa jugak kau marah aku sebab aku tak teman kau pergi toilet. Tau sebab apa? Aku rasa aku patut jauhkan diri aku dari kau, sebab aku tau kau nak pergi dah time tu. Aku nak biasakan diri aku, time math and addmath tak duduk sebelah kau dah, so aku duduk dengan Hamizah, satu hari aku moody, tak bercakap, senyum pun tak. Sebab aku sayang kau auwwhh~  Hehe..

AAAAAHHHHH

Aku rindu masa kau mintak aku nyanyi lagu nasyid, nyanyi lagu AliBaba masa addmath, Haha, aku rasa lawak gila! Aku rindu masa kau mintak aku nyanyi kan satu lagu masa bosan, kita cover dengan buku sebab depan ada Nazif and Sam. takut diorang terdengar pulak. Aku rindu masa kau datang tempat aku, tanya bawak bekal apa, kau rembat makanan aku. Walaupun aku rasa "Ish, makanan aku tu. Lapar ni!" haha, tapi kau tak pernah bosan walaupun aku hanya bawak "roti telur" hari hari. Aku cakap tak sedap pun kau jawab "tapi aku cakap sedap!". Aku rindu kita lepak belakang kerusi aku, makan nasi lemak ramai-ramai sebelum cikgu masuk. Aku rindu masa kau datang kat aku, kau menangis sebab 'kawan kita' ni. Aku pun menangis sebab aku terlibat sama. Then kita menangis masa belajar math dekat tempat kau dengan Izzah kat depan tu. Hehe, aku rindu kau suruh aku jawab teka-teki yang ustazah fadzillah bagi masa bahasa arab. Aku rindu kau main-main dengan bear aku tu. Aku rindu masa kita tukar-tukar jam sebab kau nak pergi camp. Aku rindu masa kitorang semua rembat buku karangan kau sebab nak tiru. Semua tak buat.  Aku rindu masa kau pujuk aku haritu. Walaupun tak jadi. Aku rindu nak lepak masa solat dengan kau dekat court tunggu budak lelaki habis solat sambil minum air yang kita beli kat mesin air tu. Aku rindu kau ramas tangan aku setiap kali tangan aku sejuk. Aku rindu masa kau mara aku setiap kali aku merungut sakit kepala. Kau asyik suruh pergi check je. Aku rindu masa kita sama-sama kene kacau dengan senior. And lepas kau pergi, aku dah tak rasa semua tu. Aku rindu kau. Yang paling sedih, aku sengsorang kene sakat dengan senior!! 

Banyak benda aku rindu, Yess banyak sangat memori dengan kau. Hehe, kau cerita kat aku pasal 'dia' budak kelas kita tuh mintak 'tuutt tuuutt' kat kau, haha. lawak aku rasa. last day, petang tu kita jumpa, kau ternampak aku dari blok A, kau terus jerit nama aku, aku apa lagi, lari lah letak beg then lari peluk kau haha. sweet kan aku ni. Sebelum aku balik, kita peluk lagi, sempat sembang dengan Aiman. Itu pelukan terakhir kita. InsyaAllah kita jumpa lagi nanti.. 
Jaga elok-elok kawan keroro tu. Aku tau kau suka katak haha :D

Aku nak update lama, before kau pergi, tapi tulah aku takde mood. Hehe, aku update harini sebab.. Tadi aku still ingat kau ada, so aku letak sheets latihan bio atas meja kau, so Nabil tak dapat. Haha, kesian dia. then baru aku perasan kau dah tak ada, so aku ambil aku bagi kat dia. Aku rindu kau ..

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini.

Nooramira bt. Aziz, I love you
Jaga diri dekat MRSM Parit, Perak sana



Written by. Nur Insyirah Izzati

No comments:

Post a Comment