Hello New Year ; 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

Harini kita santai sikit.. Aku dah lama sesangat rasanya tak on blog ni. Ok aku rasa setiap kali aku buat entry mesti aku akan taip ayat tu. Haha menyampah pulak rasa. Ok straight to da point. Aku nak ucapkan Happy New Year dekat semuaaaa orang especially kawan-kawan, kawan-kawan blogger, family, dan semua orang yang menjengah blog ni serta yang memang rapat pun dengan aku.. Tak tipu aku rindu nak berblogging macam dulu.. You know aktif balik tapi sekarang ni lagi lah aku busy sebab kerja. Ni pun cuti kalau tak memang tak sentuh la komputer ni.

By the way, aku rasa banyak sangat memori tahun 2013 yang takkan aku lupa.. Especially masa sekolah menengah. Aku akan rindu kawan-kawan aku.. Haha tapi siapa yang boleh putar balik masa kan? Aku rindu masa-masa kene marah dengan cikgu.. Tipu korang tak pernah kene marah.. Walaupun masa tu, saat tu, kita rasa sakit hati dengan cikgu walaupun bukan salah kita pun.. Tapi itu akan jadi memori yang terindah kan.. Suatu hari memori tu jugak yang mampu membuatkan kita menitiskan air mata kegembiraan bila kita putar balik memori tu dengan semua kawan-kawan kita. Masa tu jugak lawan kita akan menjadi kawan kita.. It happened to me :)

Aku rindu makan senyap-senyap dekat belakang dengan dua orang kawan baik aku, Izzah and Gie. Bukan setakat biskut.. Tak main lah kan, nasi lemak jadi sajian utama. Kalau takde cikgu boleh siap bersila atas tikar makan ramai-ramai. Aku rindu nak share makanan dengan budak-budak kelas Umar. Aku rindu juga nak rasa kuih Nik bawa. Aku harap kita jumpa lagi nanti. Soon, One Fine Day, In Sha Allah..

Aku ni makin pemalas nak upload gambar masuk blog ni. Sebab malas nak masukkan dari phone ke hardisk then ke komuter ni. Lagipun kat komputer ni takde Photoshop untuk aku mengedit-edit blog aku. Aku hanya mampu mengharapkan belas kasih abah untuk aku beli laptop so aku boleh lah buat projek-projek mengedit blog aku nanti. Haha tak sabarnya. :P

itu je..
btw happy new year guys :)
jadikan tahun baru ni titik tolak kita sama-sama memperbaiki diri agar jadi insan yang lebih baik, In Sha Allah

Love ya
Written by NrInsyrhIzzti