Gadis biasa



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh :)


Aku gadis biasa. Masih mencari dimana Allah dalam diriku. Masih terasa diri masih jauh dari Allah. Aku gadis lemah. Perlu kekuatan untuk bantu aku bangkit dari kegagalan. Kegagalan dalam mentarbiyah diri menjadi gadis hebat. Bukan dimata manusia. Tapi yang Maha Esa. Aku gadis lemah. Lemah dalam ilmu agama. Bahkan aku terasa diri ini hina kerana aku seorang pendosa tegar. Setiap hari aku melakukan dosa. Aku sedang berjalan, mencari satu sinar yang akan bawa aku pada Allah

Aku gadis biasa. Bersahaja. Tiada kelebihan. Tapi aku punya mimpi sendiri. Untuk jadi yang terbaik dalam segalanya. Dari jadi anak terbaik, solehah, pelajar terbaik, pekerja terbaik, sehingga nanti aku jadi nenek terbaik. Dengar macam lucu kan? Tapi paling tinggi jadi ketua bidadari. Itu yang terbaik. Tapi mimpi takkan jadi kenyataan jika aku tidak bangun dan berusaha. Jadi aku perlu bangun. dan berusaha sedaya dan semampu aku. Sungguh aku tekad.

Jadi aku ambil keputusan yang sangat drastik. Ada sesetengah orang tidak percaya dengan apa yang aku buat sekarang. BERUBAH. Ye aku berubah. Lillahi Ta'ala. Hanya yang jumpa aku sahaja tau bagaimana aku sekarang. Dan semakin hari semakin aku dapat rasakan ketenangan yang aku cari selama ni. Perasaan yang aku tak boleh nak ungkap. Indah. Subhan-Allah, Allahu Akbar. Aku taknak mention apa-apa. biar masih menjadi rahsia. Tapi percaya satu perkara, kalau nak berubah, niat Lillahi Ta'ala. Allah akan temukan korang dengan orang-orang yang dapat bantu korang. InsyaAllah. Mujahadan itu susah. Jadi pelan-pelan, dengan sabar dan istiqomah. Jangan lupa doa.

Ya Allah, terima kasih kirimkan aku insan-insan yang banyak bantu aku mencari-Mu..
Kak Sakinah
Kak Fida
Dan beberapa insan lain :')


Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini.. Jangan kau palingkan hatiku dari-Mu lagi..

No comments:

Post a Comment