Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Marhaban Ya Ramadhan


Bulan penuh kemikmatan, penuh dengan aura positif, penuh dengan cita-cita tinggi para ummat. Bila datang Ramadhan, semua akan bercita-cita. Ramadhan kali ni permulaan nak jadi baik. Ramadhan kali ni permulaan untuk banyakkan beribadah kepada Allah. Ramadhan kali ni nak khatam Al-Quran. Ramadhan kali ni permulaan untuk berhenti merokok. Semua orang ada cita-cita yang nak dilakukan sepanjang Ramadhan kan? So keep it up. Percaya pada kebolehan diri. In Sha Allah Allah will guide us. Ini cabaran paling besar, melawan nafsu. So banyakkan buat amal ibadah, tak kesah secara khusus atau umum. Khusus tu macam solat, baca Al-Quran, and so on. Umum tu termasuklah sedekah, buat amal jariah dll. 

Act aku tak reti nak menaip panjang-panjang dah sekarang. Terasa macam otak dah tak berfungsi lagi-lagi bila dah start study. Dia macam stuck tiba-tiba. Hehe. Cuma nak ingatkan, jangan lupa terawih ye. Yang lelaki tu harap cukup 30 malam dekat masjid ye. Secara keseluruhannya, gunakan setiap detik, setiap saat kita dalam bulan penuh rahmat ni dengan ibadah. Walaupun dalam tidur. Supaya nanti perginya bulan Ramadhan, diri kita dah cukup bersedia untuk bersemuka dengan bisikan makhluk jahat tu. Aku tak reti berdakwah, cara aku berdakwah mungkin agak pelik dan bersahaja. Now pun aku masih belajar sedikit sebanyak tentang hadis-hadis. Susah nak tgok dalam entry aku kemukakan hadis-hadis or ayat Al-Quran bukan? kerana aku takut tersalah fahaman. Jadi terimalah cara aku ni ye. Stay cool. Itu sahaja dari aku yang kerdil. Salah dan silap harap dimaafi dan ditegur ye. Jangan malu berkomen. Oh ye, kalau komen jangan guna ayat melampau. Jangan gunakan ayat lucah dll. Sbb nanti tercemar mata yang membaca. Tambah saham dosa orang yang mengomen tu. Hehe. 

Jazakallau khairan kathiran :)
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Wamaghfiratu Waridhwanu..

No comments:

Post a Comment