Ujian atau Balasan?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warakmatullahi Wabarokatuh




Bulan Ramadhan ni, terasa banyak kali diuji. Tapi sebenarnya itulah tanda kasih sayang Allah pada kita. Tidak kesah lah sama ada itu hanya ujian kepada kita ataupun balasan kepada dosa yang pernah kita buat. Kan? Sukarang-kurangnya, jika ujian, itu untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah, dan jika itu satu balasan untuk kita, maka kita sebenarnya telah terlepas balasan diakhirat, kan? Alhamdulillah untuk semua tu.

Jumaat lepas, 3 July 2015, Allah uji kami sekeluarga dengan kematian kucing kami, Koko. Siapa tak sayangkan haiwan peliharaan kan? mesti sayang macam ahli keluarga sendiri kan? Tapi sebenarnya dia dah banyak kali sakit, 2-3 kali operation, pernah kene sawan, pernah ada darah beku dekat kepala sebab terhantuk. Yelah kucing liar kan suka bergaduh rebut kawasan dan betina. Dia bukannya kucing yang bulu kembang mahal-mahal nak kene beli pasir untuk berak apa semua. Dia cuma kucing biasa kencing berak dalam tandas. Tapi kami betul-betul redha, Pagi tu, aku sendiri lapkan badan dia, bersihkan luka dekat badan dia, Lapkan mata dia.cium dia, panggil-panggil nama dia banyak kali. Tak tahu kenapa rasa lain macam, rasa nak tengok dia lama-lama. Usap badan dia. Tapi petang tu dia dah tak ada. Sayang, sayang sangat sebab dia dah beraya 2 tahun dengan kami. Kalau tahun ni dia ada, dah masuk tahun ketiga. Tapi takpe, dari dia terus sakit macam tu, lebih baik lepaskan dia. Dia dah tak sakit dah.. Terima kasih ya Allah, sebab anugerahkan dia kepada kami. Buat rumah ni lebih ceria. Terasa sangat bila dia takde. Sampai kadang-kadang setiap kali balik rumah, bangun pagi, sebelum tidur, akan cari dia, tengok dia, cium dia, usap dia.. tapi sekarang dah tak ada semua tu. Hati kene sabar. Kene kuat.

Ahad lepas, 5 July 2015 aku kerja part time. Dan itu hari pertama aku kerja untuk promotion Hari Raya yang dah maki dekat ni. Dan aku diuji dengan kehilangan beg aku, dalam tu semua benda peting aku ada. Dari phone, wallet, modem wifi, sehinggalah ke bedak powder aku. Aku terus balik, dan menangis. Kebetulan family aku tak ada kat rumah sebab buka puasa rumah kak long, jadi hari tu first time aku buka puasa sorang-sorang dengan hati yang remuk habis. Nasib baik bos aku baik dia bagi aku RM100 buat belanja apa yang patut. Aku hilang benda paling penting. IC, kad Bank, Kad Pelajar, Kad Siswa, lesen, duit dan kad-kad lain. Aku mengadu kat parents aku, aku kene marah balik haha. Sampai aku sumpah siapa ambil beg tu, rasa panas sampai dia pulangkan balik semua barang aku. Esoknya terus buat report sebab aku takut nak pergi sorang-sorang malam tu. Tapi bila difikirkan balik, mungkin ada dosa yang aku dah buat. Jadi aku kene stay positif, alhamdulillah ada orang nak tolong aku settlekan masalah ni. 

Jadi, biar lah sama ada ujian ataupun balasan, terima seadanya. Tawakkal dan teruskan berdoa. Semoga kita mampu tempuh dan ujian ujian yang diberi mampu jadikan kita lebih dekat dengan Allah, insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment