Hiking 2 -- Gunung Datuk

Hai, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


21 March 2016(Isnin)
10am - 3pm

This time aku nak cerita pasal "first Gunung" aku hike. Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Gunung ni ketinggiannya 885 MTR. Tak tinggi mana pun lebih kurang 2 kali ganda Bukit Tabur West sahaja dan 3-4 kali ganda dari Tabur East. Maaf sangat aku lambat update blog ni sebab kesuntukan masa dengan assignment dan project belambak nak kena siapkan dan final exam lagi. Sepanjang bulan March sampai bulan JUNE ni, banyak jugak aku hike. Aku akan update satu-satu okay. Back to the topic, Gunung Datuk masa aku pergi tu, tengah hangat kes El nino dan aku pergi a day after incident ada hiker meninggal sbb dehydrated. Memang kitorang ni gila lah. Mama pun sebenarnya tak bagi pergi, tapi sebab dah prepare barang apa semua, dia nasihatkan bawak air banyak sikit takut haus. So aku bawak lah seperti yang diperintahkan. Aku gerak naik KTM dalam pkul 7. Sampai KL pukul 8 then transit ke Seremban pkul 8.30 tak silap aku dan sampai Seremban dalam pukul 9.30. Bergerak ke Hutan Simpan Gunung Datuk. Pukul 10 kitorang start hiking. Nak masuk kene ada permit okay, tapi boleh bayar dekat pondok bawah tu je. Tak silap aku RM5 je. Ada rangers jaga. Trip ni aku pergi berdua je dengan member aku. Tahap kesusahan dia, boleh tahan lah. Bagi aku masa tu agak susah sebab pace aku lambat lagi. Beginner kan. Jalan memang mencacak habis. Maaf aku tak tangkap gambar jalan sangat. Tapi memang korang kene mendongak jugak la tengok jalan. Banyak memerlukan big steps.


Jalan permulaan dia je dah mencacak sangat, dalam 50 to 60 degree rasanya. Ni Jalan lepas CP pertama. CP pertama dia ada tempat duduk. Kalau korang jumpa tempat duduk tu, kira hampir half jalan la rasanya. Aku tak reti estimate tapi tak silap aku, aku jalan dari entrance sampai CP1 ni ada la dalam sejam rasanya. 



Candid sangat gambar. Haha Ni CP1. Lepas daripada ni jalan dia okay sikit. Takde mencacak sangat dah. Sedang-sedang la. Mendatar sikit. Tp bila depan sikit, dia mencacak balik. Korang kenalah banyak-banyak bersabar. Naik dalam sejam jugak. Aku ada masalah cepat penat bila memarlukan pergerakan big steps sebab aku dah lama tak jogging and aku time ni baru lagi. So pace pun lambat and still tengah belajar control breathing. Aku nak nasihatkan, korang bila hike jangan bawak benda tak berguna seperti wallet korang. Dan baju tukar especially kalau day pack. Paling penting bawak ubat ubatan / safety kid, paling simple bwk minyak gamat and minyak angin botol kecil cukup la. Bawak kain, pisau, headlamp/ torchlight. Paling penting sebenarnya bawa wisel dan air yang mencukupi. Buat yang memang jenis kerap minum air disarankan bawa lebih dari 3 liter air sebab aku boleh kata Gunung Datuk ni panas jugak la walaupun dekat atas. Bila dah sampai atas, tu CP2 lah which is Camp Site. atas tu ada camp site sebelum korang kene panjat batu naik puncak.
 


Ni la Camp Site. Boleh la muat dalam 3-4 khemah rasanya. Dinasihatkan jugak sini takde water point ke sungai untuk korang jadikan kan source. Prepare air secukupnya kalau nak bercamping atas ni. Kita rest dulu sekejap sebelum naik peak. Beware peak memang panas sebab takde sebatang pokok pun okay atas tu. 100% batu. So korang bawak lah cap sendiri. Untuk muslimah-muslimah, time-time macam ni korang dah tak boleh nak sopan sangat, panjat je. Nak nasihatkan, korang jangan keluar dari track kalau taknak sesat dalam hutan. Jangan memandai buat track sendiri.


 This is it, tangga pertama untuk naik peak. Ni okay lagi. Takde lah takut sangat cuma kena pandai stabilkan diri takut terjatuh je.




Ni antara tangga-tangga yang aku panjat. memang tinggi dan menakutkan sebab dia bergoyang-goyang dan ada yang dah berkarat. So be extra careful bila nak naik. Ada satu lagi tangga yang lagi menakutkan daripada yang ni. Tangga last sekali sebelum sampai peak. Tu memang bagi aku super menakutkan. Jom tengok peak pulak.

 
 






Dah sampai! Best walaupun time ni kabur sikit sebab jerebu. Tapi still nampak pemandangan. Aku pun tak duduk lama atas tu sebab panas sangat. Ada lebih kurang setengah jam je aku duduk. Lagipun kitorang sampai tengah hari. Sebab tu lah panas dah. Tangkap gambar sikit, then kitorang pun turun.


Bangga gila naik masa musim panas dan berjaya takluk Gunung Datuk yang tinggi dan mencabar lah jugak. Plan ingat lepas turun tu nak naik Bukit Batu Putih dekat PD, tapi tak sempat sebab risau balik lambat sangat. Jadi lepas turun, pergi tukar baju dan makan KFC. Aku naik Gunung Datuk dalam 2 jam. Turun sejam je. kut pace masing-masing.


Aku balik naik KTM Sg Gadut ke KL dan macam biasa transit ke Klang. Masa kat Sg Gadut, hujan Ribut kuat sangat sampai nak menangis aku tunggu train sebab takut. Maklumlah KTM ni dekat atas, bukan dekat bawah. Penat, sepanjang perjalanan balik aku memang tidur je. 2 Jam dari seremban aku asyik terjaga 3-4 kali dengan harapan dah sampai. Tapi tidak haha. Untuk hikers beginner macam aku, Gunung Datuk ni okay la kalau nak panjat. Tapi aku syorkan korang naik Broga, Saga dan BBC dulu so that korang tak terkejut sangat dengan trail Gunung Datuk ni.

Untuk perempuan species aku yang minat tapi takut-takut lagi. Jangan risau, redah je sebab sampai bila kita nak takut kan, sebab kita takkan maju pun bila kita terlalu takut untuk take a step. Jangan risau kan cabaran bila hiking. Yup aku admit, banyak track yang memerlukan aku bertindak kasar, aku banyak jumpa track yang memerlukan skill memanjat mcm rock climbing. Ada track yang memerlukan keberanian yang tinggi especially bila kena berhadapan dengan tebing-tebing tinggi. Banyak lagi track-track yang mencabar aku pernah jumpa. Jangan takut untuk kelihatan kasar, sebab tu je cara untuk ke puncak. Kalau malu, duduk rumah je baca blog aku. Okay? haha. Tunggu next entry aku kemana pulak okay.

 Nur Insyirah Izzati
2:18PM
7 June 2016

1 comment: