Hiking -- Bukit Tabur East

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

2 March 2016 (Rabu)
11am - 2pm

Finally settle sudah xpdc naik Bukit Tabur East, dekat KL je bukit tabur ni. Ketinggian 200++ meter. Tak tinggi pun tapi sangat mencabar minda. Walaupun ini bukan pertama kali la aku pergi hiking, tapi aku tak pernah lagi jumpa track berbatu, dan sangat curam. Dan bila nak naik ke puncak akan ada kawasan batuan yang sangat-sangat menyeramkan. Dan dekat situ lah banyak kes-kes hikers mati sebab terjatuh. Batuan sahaja. I repeat, batuan sahaja. Kene naik segala batu untuk sampai ke puncak. Mungkin sebab tu nama dia Tabur East Extreme. Sebab memang extreme. Naik jalan curam. turun pulak kami tak lalu jalan sama, kami lalu jalan yang agak curam sebab berpasir, tapi okay sikit dari jalan naik.


Rasanya masa ni baru suku jalan dah penat sebab naik mencacak macam tu, kalau naik sikit-sikit macam kat Bukit Broga takpe, tapi ni macam tangga yang curam gila. So penat kita rehat dulu minum-minum air. Then kita teruskan lagi perjalanan naik.



So sampai lah check point pertama. Tak penat sangat sebab jalan dah okay sikit. Cantik sebab nampak view bandar semua. SubhanAllah. Tu antara nikmat bila pergi bermusafir. Dapat lihat ciptaan Allah dengan mata sendiri. Dalam 5 minit je rest, kitorang naik lagi..


Ni antara track dia yang tak curam sangat, tapi masih nampak curam. Masa mula-mula naik lagi curam dan tinggi. Alhamdulillah dapat naik dengan selamat. Tak faham aku apahal gambar aku banyk plak haha.




Yang ni pulak check point kedua, dah boleh nampak empangan dan sebagainya. Wallahi memang cantik sangat view dia. I can't resist korang yang hati kering yang tak kesah kasut rabak apa semua dan suka activity lasak, datang lah ke Tabur East ni. Memang takkan menyesal.. Next dalam 20 minit ke setengah jam kitorang naik sampai ke puncak Bukit Tabur. Memang magnificent. Duration aku naik masa tu sejam setengah je. Kalau santai-santai 2 jam sampai la.




Lepas dekat sejam dekat atas tu rehat and lihat keindahan alam, kitorang turun lalu track lain. Track licin and kalau pro tu boleh la kut nak turun laju-laju. Tapi aku ni perempuan turun slide je la guna kaki sebab takut nak step. Cuak kalau jatuh ke apa boleh tergolek kang jatuh gaung haha. Ni antara experience yang aku rasa indah dan berbaloi. Balik campus pkul 4.30. Pkul 5 petang ada meeting club. Dan migraine aku datang pulak. Haha. Penat tapi berbaloi dan syok!

Next stop aku akan update, bukit broga aku tak update sbb gambar aku tak pasti dekat mana aku simpan. InsyaAllah kalau aku jumpa aku akan update, kalau tak next aku update hiking naik gunung. Nak tau gunung apa? Tunggu~ Hehe. InsyaAllah Bukit Tabur West dalam perancangan lagi dan bukit and gunung yang lain. Tunggu ada masa.

Alhamdulillah harini dapat berita Kak Along aku dah selamat lahirkan baby pagi tadi. Dapat anak menakan dah hehe. Jadi makcik dah aku di usia 20 ni. :D

Assalamualaikum

Nur Insyirah Izzati
24 March 2016
4.53 PM
Shah Alam, Selangor

2 comments: