New Begin

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Rasanya dah lama sangat sangat tak online.. Last post pun 3 bulan lepas rasanya.. Jari kaku menari menekan keyboard yang rasanya dah lain sangat.. Tambahan pulak tahun ni tahun penting dalam hidup. SPM menjelang lebih kurang 8 bulan sahaja lagi. Banyak lagi chapter chapter yang kene cover. Especially form 4. Keputusan tak memberangsangkan. Disappointed pun ada especially sejarah and chemistry. 11A+ bukan senang nak capai. Aku ni pulak dah la banyak main dari belajar Haha so nak kejar tu macam susah sikit lah. Sepatutnya sekarang ni masa study tapi tapi tapi rindu sangat dekat blog ni, so rogol kejap lah hewhew :P

Kalah korang perasan kan,, post before before ni banyak gambar yang hilang. Actually semua weh. SEMUA! sebab haha sebab ceritanya bermula 5 bulan lepas lebih kurang. Tab mak aku masa tu new born haha so sebab aku je yang ada google account masa tu, so nak taknak kene guna google account aku. Secara tiba tiba, selepas beberapa bulan guna, tiba tiba semua gambar baru dan lama, dari first time aku berblog sejak aku form 2 sampai lah tahun lepas punya gambar, semuanya muncul dekat dalam album tab. Tapi tak boleh delete. Sampai kene activekan account dekat google baru boleh delete. Sebab gambar gambar tu, tab jadi lembab dan memory full harhar. Bertapa banyaknya gambar aku dalam tu. Dan disebabkan itulah, sekarang blog aku takde sebarang gambar. Alhamdulillah :) tapi susah jugak sebab header pun hilang sama. Semua terpaksa dibuang bagi mengelakkan diri dimalukan oleh adik muahahaha :**

Terima kasih kepada semua folowers yang masih active dan tak unfollow aku hehe, love youguys muah muah. Thanks again sebab korang lah aku beraspirasi untuk terus berblogger, insyaAllah oneday blog ni akan famous sebab mungkin kalau ada modal aku nak bukak bisness gitu. Memandangkan sekarang ni aku masih terlalu muda untuk buat semua benda ni, tapi insyaAllah dengan usaha. Apa pun boleh jadi. Doakan yee. May Allah ease everything, insyaAllah :)

Sekarang focus on SPM examination. Work harder insyirah.. Amin 11A+

♥ Written by .Nur Insyirah Izzati