Being A Superb Woman



Okay sebab aku dah janji nak ambil salah satu tajuk dari suggestion korang dekat Instagram aku. So aku rasa aku nak ambik tajuk adik manish (padahal lagi tua dari aku) lagi baik hati, Anish Pyda @anisfydaaa . Dia suggest aku share about being a superb woman, antara cinta, akhirat dan komitmen diri. Such a huge topic to discuss and untuk aku huraikan satu-satu. Tapi I try my best untuk dedahkan korang dengan "Siapa superb woman ni?" Okay! Let's start. Oh yes, before that, sebelum aku terlupa. Aku nak cakap terima kasih pada korang yang bagi suggestion kat aku untuk topic apa yang aku patut tulis dekat blog aku ni. Ada yang menarik, ada yang susah aku nak hurai. InsyaAllah aku akan cuba up entry berkenaan topic-topic lain. Oh aku nak ingatkan, this entry memang akan jadi superbbbbb panjang. So sediakan popcorn! Ok let's start.

So move to our main topic here, aku tak tahu apa definisi superb woman bagi korang. Hebat dalam serba serbi ke? Bagus dalam pelajaran ke? Bagus dalam kerja ke? Hebat dalam rumah tangga ke? Masing-masing ada pendapat sendiri. Rata-rata orang akan kata. The superb woman adalah seorang ibu. Yes, aku tak nafikan. Ibu seorang perempuan yang tabah. Bahkan bagi aku lagi lebih tabah dan kuat dari seorang ayah. Aku tak nafikan ayah punya tanggungjawab besar dalam keluarga. Tapi ibu itu yang membawa kegembiraan dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu sehari pun kita dah tak tentu hala. Dia yang menyalurkan emosi dalam seisi rumah. Sedih dia, suram la rumah tu. Bahagia dia, cerialah rumah tu. Aku ingat lagi waktu kecil, pagi-pagi aku akan cari mak aku dulu. Kalau tak jumpa, aku akan tanya "mama mana?" kalau aku tak dapat jawapan, aku akan terus call mak aku tanya dia pergi mana. Even suara mak la paling effective untuk aku bangun pagi. Macam alarm. Selalunya aku akan menyahut kalau "diri aku" dengar mama panggil aku bangun. Walaupun aku tak sedar pun sebenarnya. Haha. Hebatnya ibu. Sebab dia tulang belakang keluarga. Ayah adalah kepala, duduknya paling atas. Tapi tanpa ibu yang membantu jadi tulang belakang, takkan harmoni pun sesebuah keluarga. Dan orang paling dekat untuk kita idolakan sebagai superb woman, bukan orang lain. Tapi ibu kita sendiri. Sebab itu mulianya seorang ibu sampai 3 kali nabi tekankan tentang orang yang paling perlu dihormati adalah ibu, baru ayah. Itu secara generalnya.

Sekarang aku nak cakap pasal macam mana kita nak jadi perempuan yang hebat ni? Since aku pun takde anak lagi untuk bolehkan aku jadi idola kepada anak-anak aku. Haha. Orang tak jadi isteri, tak berkahwin, tak ada anak lagi ni tak boleh jadi superb ke? Mestilah boleh. Cuma tak ada orang pandang sangat dan sayang kita sangat macam mana anak-anak sayang ibu dia je la. Bagi aku, perempuan yang superb adalah perempuan yang tak pernah putus asa, tabah, ada sifat empathy dan sympathy. Kenapa? Perempuan yang cepat putus asa, susah untuk pergi jauh dalam apa pun yang dia buat. Contoh, kalau dia gagal dalam pelajaran, dia rasa "aku ni memang dilahirkan kurang bijak" so dia akan rasa better give up je dalam pelajaran. Kalau dia cakap dia menerima takdir. Itu concept yang salah. Kalau dia gagal sem ni, dia patut improve cara belajar dan belajar lagi gigih. Bukan sama je terima takdir. Bagi aku, buat sehabis baik dulu, jangan membazir masa, then kalau still gagal, barulah itu takdir Allah. Tapi kalau kerja membongkang, pemalas, main-main. assignment pun tak buat, kerja group pun harap orang lain yang siapkan kau tak ambik port pun. Tak payah marah Allah kenapa kau gagal. Paling penting, don't give up. Gandingan untuk sifat tak putus asa ni, semestinya passion. Bersemangat nak buat sesuatu atau reach something or goals.

Tabah pun lebih kurang la. Kene kuat dan sabar. And element terpenting jugak ada sifat empathy dan sympathy. Apa empathy ni? Empathy ni kau boleh rasa apa seseorang tu rasa. Bak kata lain, kau ada ditempat dia. Kalau dia sedih, kau boleh faham dan rasa sedih tu, kalau dia ada masalah, kau boleh faham dan berusaha juga untuk tolong selesaikan. Dan kau pernah experiece benda tu. Sympathy? Simpati ni macam kau caring dan faham. Contoh, mak kawan meninggal. Tapi mak kau ada lagi. Yang kau rasa cuma simpati dan caring. Dan kau tau dia sedih. Kau pun takde laa nak melawak-lawak sangat macam biasa dalam keadaan macam tu. Kau hormat perasaan dia even kau tak tau rasa sedih hilang mak tu macam mana. Senang nak faham, kita kesian laa dekat apa yang jadi terhadap orang lain.

Kenapa aku kata benda-benda ni penting? Empathy, sympathy, tak give up semua ni? Sebab perempuan, bermain dengan emosi yang kuat. Walaupun kau belajar pandai, tapi kebanyakan keputusan yang kita buat daripada hati. Dan nak jadi perempuan superb, kene mahir dalam menilai seseorang melalui hati kita juga. Bagi aku, tak salah menilai seseorang. Tapi kene dengan cara yang betul. Bukan serkap jarang. Itu yang salah. Kene melalui hati yang bersih. Lagi-lagi dalam memilih pasangan. Perempuan yang hebat, mereka yang tau apa nilai yang ada pada seorang lelaki yang mereka nak jadikan suami dan ayah kepada anak-anak. Kalau pernah putus cinta sebelum ni, tau macam mana nak tapis lelaki. Maksud tapis lelaki ni macam mana? Kalau sebelum ni kaki perempuan, kau jangan laa cari yang kaki perempuan lagi. Yang jenis sweet talker, flirt memanjang. Even dengan kau pun nak flirt, menggatal. Haha no okay. Terus tepis jauh-jauh. Sebab kalau dia boleh buat dekat kau, dia boleh jugak buat dekat perempuan lain. Kalau yang jenis baran pun macam tu. Alah faham laa sendiri. Orang kata learn from mistakes. Kenal hati budi macam mana. Berkawan dulu. Bukan bercinta terus. Aku pernah buat kesalahan yang sama. Haha aku mengaku. Perempuan hebat mesti pandai bercinta. Bercinta dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling dan last sekali, suami dan family sendiri. Dekat sini kene laa terapkan sifat empathy dan sympathy ni. Paaaaaaaaling penting, kene mahir dalam memahami seseorang. Ye perempuan memang nak dimengerti dan di fahami. Aku pun. Tapi perempuan yang superb, dia tau juga untuk memahami orang-orang yang dia sayang. Lagi-lagi ibu bapa dan suami. So kalau pun ada yang dalam fasa bercinta, cubalah fahami your other half tu. Bercinta dengan bersahaja adalah yang paling terbaik. Bersahaja tu maksudnya, takde laa nak perhatian banyak-banyak sangat, sikit-sikit nak ws tanya dekat mana. Cukup sekadar tanya khabar and wish pun dah okay. Ada masalah bincang. And paling penting, jangan tinggikan ego. Wanita hebat mana pun, lebih hebat kalau dia tau dekat mana dia patut gunakan ego dia. Kalau dengan mak ayah and suami, jangan laa tinggikan. Kene faham tu. Apa jadi kalau tak pandai jaga emosi dan tak tau turunkan ego, yee kita akan jadi besar kepala, sentiasa nak menang, bangga diri. Kalau dapat suami yang sabar tu takpe lah. Kalau dapat suami yang senang tercabar kesabaran dia, ber huhuhu je laa kalau jadi pape. Beringat la sebelum terkena.


Then kita sentuh bab akhirat. Perempuan yang hebat bukan sahaja berjaya dunia, dalam pelajaran, bisnes dan pekerjaan, tapi dalam menjaga hubungan dengan Allah dan Rasulullah. Akhirat bukan terletak pada solat, puasa, selawat je. Tapi segala tindak tanduk kita kene niat lillahi taala. Lebih baik untuk perempuan capai tahap Ihsan yang tak semua orang mampu nak capai. Apa Ihsan ni? Ihsan ni bila kau buat sesuatu, kau buat seolah-olah kau tahu Allah sedang melihat kepada kau dan kau melihat Allah. Dan berapa orang yang mampu capai tahap tu? Even aku pun sendiri selalu lalai. Jadi bukan nak berjaya dunia je. Kene capai tahap Ihsan untuk berjaya akhirat juga. Kalau kau tahu ilmu agama kurang, pergi lah cari ilmu agama. Majlis-majlis ilmu, seminggu sekali. Wanita hebat takkan pernah berhenti cari ilmu. Jangan berhenti belajar dan jangan malu untuk belajar. Aku tak pernah malu kata umur 23 aku still tengah belajar Al-Quran. And ramai je orang-orang tua yang datang untuk belajar Al-Quran lagi. Even kau rasa bacaan kau dah betul, macam aku dulu. Jujur bila aku belajar balik, baru aku sedar, banyaknyaa bacaan aku yang tak betul. Even lancar. Lagi-lagi tajwid. Allahu. Jadi, nak jadi hebat, kene buat banyak improvement dalam diri. Jangan malu walaupun terpaksa belajar dengan Sheikh, atau guru lelaki. Even aku pun belajar dari guru lelaki. So, untuk jadi wanita hebat dengan akhirat, jangan berhenti belajar agama. Jangan sebab malu, kau terus duduk dalam kejahilan.

Move to commitment. Berapa ramai perempuan dan wanita diluar sana yang ada komitmen yang banyak? Tak ramai. Rata-rata hanya ibu bapa, anak-anak dan paling pun bayar duit hutang belajar dan kereta. Tu financial, macam mana dengan commitment dengan ibu bapa, keluarga, anak-anak, suami, kerja, belajar? Pun tak ramai. Rata-rata perempuan yang dah berkahwin dan duduk rumah, commitment dia pada suami dan anak-anak. Financial? tahniah korang boleh duduk selesa dirumah suami tanggung semua. Kebanyakannya. Untung suami kerja bagus, gaji RM5,000 keatas. Tapi wanita superb ni kebanyakan bukan dari kalangan suri rumah, even jadi suri rumah ni bagus. Tapi perempuan superb ni datang dari kalangan mereka yang walaupun banyak commitment dengan keluarga, dan kerja, tapi tak pernah merungut penat, atau letih. Diorang ni lebih berdikari, dan jarang nak harap orang tolong diorang. Even pada suami. Tapi suami masih wajib bagi nafkah ye. Dan wanita hebat ni, sekalipun dia sibuk dengan kerja dan belajar (kalau ada), dia tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan dan lagi-lagi isteri dan seorang ibu. Believe me, diorang ni lagi cekal dah tabah untuk mengurus keluarga dan rumah tangga. Untung lelaki dapat isteri yang walaupun balik penat berkerja, tapi still boleh masakkan untuk suami, jaga anak, basuh baju, kemas rumah. Cuma percayalah, mereka ni walaupun tak pernah merungut, tapi mereka ni penat 1000 kali lagi penat dari suami. Jadi ringan-ringankan tulang tu bantu isteri anda. Lain laa rumah ada bibik. Kah-kah. Mampu ke?

Yes, bukan semua boleh jadi perempuan hebat ni. Aku sendiri tengah berusaha untuk kejar apa aku nak. Orang kata aku optimist. Tapi aku cuma nakkan kepuasan dalam apa yang aku buat. Kalau kerja, kerja sampai orang boleh harap pada kau. Kau ada value sampai bos sayang nak lepas kau. Kalau kau belajar, belajar sampai kau dapat dekan. First class. Orang kata buat apa kau nak score, nanti kerja belum tentu pakai. Beb, mana tau esok kita jadi apa. Kalau aku usaha pun, untuk ilmu. Biar lekat dan berkat. Exam memang bukan penentu. Tapi bila kita berjaya dalam pelajaran, itulah kegembiraan dan itu salah satu pencapaian dan kepuasan bagi aku. Bukan aku je, tapi untuk mak ayah jugak. Nak jadi isteri pun, jadilah yang terbaik di mata suami kita. Bukan sekadar "isteri". Bukan senang ye. Lagi pula perempuan macam aku, yang tengah berkerja, malam hari belajar agama, mengajar mengaji, talaqi lagi, mengajar lagi sabtu pagi, sabtu ptg sampai ahad malam ada class dekat campus. Belum kira cita-cita aku yang lain lagi. 5 tahun lagi aku nak capai apa. Kut aku tetiba tukar profession jadi lecturer ke, jadi bisness woman ke. Mana kita tau kan. Kalau aku kahwin sekarang, boleh ke suami aku tahan? boleh ke terima aku yang memang jenis mcm ni. Aku risau suami aku jadi isteri je ahahahahaha! Aku tak kejar duit. Aku kejar something yang aku boleh value myself. I deserve better than this. Aku tak kejar pangkat, tapi aku rasa aku kejar kepuasan. Asal kepuasan tu Allah redha, like, menimba ilmu. Why not kan? So pada wanita diluar sana, kalau korang dalam keadaan diatas, sabar dan tabah, jangan putus asa. Teruskan perjalanan dengan jadi lebih better dari semalam. Allah letak kita atas jalan ni sebab kita mampu. Jadi kita kene mampu no matter what. Aku belum superb lagi. Ashe-ashe je haha 😜


Aku bagi kesimpulan laa, panjang sangat dah ni, apa pun yang kita buat, buat yang terbaik dan niatkan lillahi taala. InsyaAllah Allah bantu kita. Jadilah superb woman dalam apa pun yang kita buat. Kalau jadi ibu, jadilah supermom, kalau jadi isteri, jadi laa superwife. Kalau jadi pelajar, jadilah superstudent. Haa gittew. Faham kan? Kalau banyak sangat jadi dalam satu masa, jadilah superwoman yang berjaya dunia akhirat. Sorry aku update lambat. Too busy with work and tonnes of assignments + kene study dah nak final exam. This week ada test, next week ada quiz lagi. Doakan saya berjaya dan jadi superbbbbbb woman. AMIN!!

Kenapa aku letak gambar aku hiking aku? Analoginya menggambarkan superb woman ni akan memikul banyak taggungjawab yang berat tapi still boleh reach to the highest point. Harap faham la. Jangan lembab sangat. kbye!

10:46 PM
 9 April 2019
@Bilik Sendiri, Seksyen 18. Shah Alam

Come Back

26 March 2019 (Selasa)
12:58pm


Hi Assalamualaikum.


So after 3 years aku mendiamkan diri dari dunia blog, korang boleh tengok previous entry aku tahun 2016. Tarikh sama dengan masa aku naik bukit Saga. Haha kebetulan aku memang tibe-tibe rasa nak menulis tadi sebab bosan hadap powerpoint lecturer kasi untuk study. Study sebab aku ada test weekend ni. Bukan dirancang ye. Yes. Aku nak buat comeback. Aku tau ramai antara korang yang tak pernah tahu aku ada blog yang dah lama wujud, tak silap aku mula-mula aku berblogging masa aku umur 13 atau 14 tahun. Around 9 to 10 years ago. Yup lama gila and masa tu memang aku gila blog. Alah, aku percaya ramai je yang ada blog cuma rasa bodoh bila baca balik entry lama-lama kan? Haha honestly, aku pun.

So biar aku cerita sikit pasal aku yang dah banyak berubah sejak dari 3 tahun dulu. Tapi biar aku cerita sejarah blog aku ni dulu. Blog yang korang tengok ni macam aku cakap, dah tertubuh sejak tahun 2009-2010 lagi, dan terlalu banyak peninggalan sejarah dan kisah silam aku dalam ni. Tak silap aku, total entry aku sampai aku umur 18 lebih kurang 450 entries, tapi majority aku delete. Sebab? Salah satu sebab terbesar adalah masa umur aku 18, aku dah start berniqab. So aku delete almost semua entry lama aku, so takde la gambar aku terpapar bersepah dekat internet. Kahkah! Sebab lain, aku malas nak ingat memory-memory lama yang"bodoh" dan patut dilupakan. So sebab aku ni jenis malas nak baca satu-satu (sebab banyak do 400 entry tu) dan taknak mengimbau balik semua kenangan tu, so aku delete je la tanpa tengok isi kisah-kisah tu. Blog aku ni jugak dah beberapa kali berubah rupa sebelum aku ambik keputusan untuk plainkan dia dengan cat putih je. Tak sama macam dulu, blog ni pernah jadi kaler pink, header aku buat sendiri. Yang korang tengok tu pun. Aku tau nampak macam bodoh, tapi biar aku kekalkan benda tu. Haha. Dulu zaman blog, banyak gila tutorial nak edit blog. Dari situ minat aku belajar coding edit-edit. Berkat blog ni jugak la aku ingat lagi, lecturer aku suka presentation aku masa aku diploma dulu sebab kene create blog. So selok belok nak edit, aku antara yang pro la masa tu. Haha. Selain rupa yang berubah, aku pun banyak kali ubah url blog aku sebab dulu banyak musuh, banyak kawan yang suka baca blog aku kuat-kuat dalam kelas (anad sikit perangai kawan aku tu), and orang yang tak patut jumpa, jumpa blog aku. Haha sampai la aku buat url ni, and biar semua orang baca. And korang tengok side bar aku tu macam takde pape sangat, sebab aku dah buang semua benda. Almost la. Tak semua. 

Okay, move to cerita pasal aku pulak. So sejak lepas habis belajar dulu, aroung 2 years ago. Aku macam banyak berubah sikit. Aku tak tahu lah kearah kebaikan ke tak haha. Sebab aku tau aku bukan baik sangat. Cuma orang selalu fikir aku baik. Masa belajar memang aku takde benda nak buat sangat since aku memang belajar je kerja siang malam. Tak kemana sangat. Tak melagha sangat. Cuma masa aku belajar paling best sebab banyak cuti so aku selalu pergi hiking. Then move to after graduate, aku masih hiking, masa tu memang aku lenjan semua. Almost setiap minggu pergi hike. Then masuk fasa dunia pekerjaan. Aku "TERPAKSA" kerja sebab desakan ayah aku. Hati nak sambung belajar, tapi ayah suruh kerja. Masa tu memang rasa terpaksa la. Sampai pergi interview pun takde prepare pape sangat. Tup-tup dapat ha. Then aku ambik keputusan sambung belajar jugak part-time. Alhamdulillah nak final dah pun SEM 1. Doakan aku. Baru masuk bulan 1 haritu. Tapi sejak aku kerja dan belajar, aku jadi kurang pergi hike sebab, yela kerja weekdays siang, malam aku ada kelas agama Isnin sampai Khamis (kadang-kadang aku ponteng jugak sebab penat sangat), Sabtu Ahad aku class sampai malam. Memang pack dan itulah pengorbanan yang aku kene buat untuk lebih kurang 4 tahun ni. Tambahan aku ada class mengaji pulak hari sabtu pagi. Jadi, memang hidup aku untuk 4 tahun ni hanya kerja, melajar dan mengajar. Hiking, boleh tapi kene ambil cuti. 

Itu sajalah. 

Aku nak cerita panjang-panjang pun banyak lagi kerja nak buat. So aku sambung nanti je. Korang boleh comment dekat bawah entry aku ni. Aku jenis suka menulis panjang-panjang so terima je lah seadanya. Dan aku akan update blog ni ikut suka hati aku la bila aku nak. Nanti aku update la dekat IG aku ha biar semua orang boleh baca. Kepada yang pernah kenal aku sejak zaman blog aku. Kita lupakan la kebodohan dan kenangan pahit manis kita. Manis pun lupakan je sebab aku taknak ingat. Haha.

Oh ye, sebelum terlupa. Aku masih belum berkahwin. Sekian, Wassalam.

Nur Insyirah Izzati

Hiking 3 -- Bukit Saga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

26 March 2016 (Sabtu)
9:45 am-10:45 am

Hello semua. 2 hari aku kemalasan nak update blog ni. Kali ni aku nak update moment aku naik Bukit Saga. Ketinggian Bukit Saga dalam 410 meter je. Aku pun tak sure exactly berapa sebab masa pergi hike Bukit Saga, aku pergi unplanned. Sebenarnya aku nak naik Bukit Nanas je dekat dengan KL tower tu, saje jalan-jalan dekat taman rekreasi pulak kan, tapi sebab jalan masuk dia aku pun tak pasti dekat mana, so aku decide nak naik Bukit Saga sebab dekat je dan tak tinggi sangat pun. Jadi aku pergi dengan kawan aku. Ikut waze, kene naik ikut kawasan perumahan yang dekat atas bukit. Belakang Rumah Pangsa Saga. Tak silap aku ada dua jalan, lalu kawasan perumahan atas bukit dengan Jalan Saga. Aku ikut Waze, dia bawak aku area kawasan perumahan atas bukit tu. Itu mungkin laluan baru ke Hill Top. Okay, kalau hike ikut kawasan perumahan atas bukit tu, tak silap aku dalam lebih kurang 45 minits sahaja. Sebab masa naik tu pun dah tinggi. Tapi kalau lalu Jalan Saga, mungkin akan ambil masa 1 ke 2 jam untuk ke puncak. Ikut pace masing-masing. Oh ye, Bukit Saga ni ada tiga Track. A, B, dan C. Track C panjang sedikit. Masa aku pergi tu, ada sekumpulan budak sekolah, mungkin yang hiking sekali. Jadi aku sampai je, aku terus get ready jalan naik atas. Takut jem haha. Jalan dia tak sukar, sedang-sedang sahaja. Cuma agak sempit sikit. 


So. ini view dari starting point aku. See, dah tinggi kan. So bila hike sekejap je. Aku lalu Track A sebab aku tak jumpa Track lain. haha, Track A ni agak mudah sebab pendek tetapi mencanak habis. Sebab straight ke Hill Top. So buat yang lemah bila memerlukan big steps bila nak hike, sabar je lah kuatkan diri korang. Aku naik lebih kurang dalam 30 minits sebab ada lah berlari sikit-sikit. 



Ini Hill Top Bukit Saga. Korang jangan terkejut bila nampak ramai warga emas dan orang cina naik Bukit Saga, sebab situ ada kelab dan persatuan diorang sekali yang jaga Bukit Saga. Okay untuk yang nak ke air terjun Sg Putih, ada satu laluan ke sana. Track C. Aku nasihatkan korang prepare diri siap-siap sebab nak ke Air Terjun agak jauh dan mengambil masa sejam rasanya. Jalan dia pun agak sukar. Dekat atas tu jugak ada buaian hammock dan alat-alat untuk bersenam dan berehat. Laluan ke Sungai agak jauh. Dan disebabkan aku takde prepare apa-apa pun dan tak plan pun nak pergi mandi sungai ke apa, dan aku naik pun dah lambat, jadi aku tak pergi pun air terjun tu. Dalam 10 minit je aku duduk atas tu rehat-rehat sambil minum air dan melihat kekuasaan Allah, aku turun balik sebab ada rombongan adik-adik sekolah nak naik. Kalau aku duduk lama-lama pack pulak atas tu. Perjalanan turun aku kurang daripada 20 minit je sebab aku turun pun berlari haha.


Maaf sangat aku tak ambil gambar banyak sebab pemalas nak pegang phone. Lepas ni kene beli camera satu senang sikit nak ambil gambar. Bukit Saga ni selalu tempat latihan stamina dan selalu jadi tempat latihan buat mereka-mereka yang akan pergi hiking tinggi-tinggi.

  Buat baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking ni, aku sarankan korang hike Bukit Saga untuk uji stamina, mental dan fizikal korang. Memang seronok :P


Nur Insyirah Izzati
4:16 pm
8 June 2016
Shah Alam, Selangor

Hiking 2 -- Gunung Datuk

Hai, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


21 March 2016(Isnin)
10am - 3pm

This time aku nak cerita pasal "first Gunung" aku hike. Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Gunung ni ketinggiannya 885 MTR. Tak tinggi mana pun lebih kurang 2 kali ganda Bukit Tabur West sahaja dan 3-4 kali ganda dari Tabur East. Maaf sangat aku lambat update blog ni sebab kesuntukan masa dengan assignment dan project belambak nak kena siapkan dan final exam lagi. Sepanjang bulan March sampai bulan JUNE ni, banyak jugak aku hike. Aku akan update satu-satu okay. Back to the topic, Gunung Datuk masa aku pergi tu, tengah hangat kes El nino dan aku pergi a day after incident ada hiker meninggal sbb dehydrated. Memang kitorang ni gila lah. Mama pun sebenarnya tak bagi pergi, tapi sebab dah prepare barang apa semua, dia nasihatkan bawak air banyak sikit takut haus. So aku bawak lah seperti yang diperintahkan. Aku gerak naik KTM dalam pkul 7. Sampai KL pukul 8 then transit ke Seremban pkul 8.30 tak silap aku dan sampai Seremban dalam pukul 9.30. Bergerak ke Hutan Simpan Gunung Datuk. Pukul 10 kitorang start hiking. Nak masuk kene ada permit okay, tapi boleh bayar dekat pondok bawah tu je. Tak silap aku RM5 je. Ada rangers jaga. Trip ni aku pergi berdua je dengan member aku. Tahap kesusahan dia, boleh tahan lah. Bagi aku masa tu agak susah sebab pace aku lambat lagi. Beginner kan. Jalan memang mencacak habis. Maaf aku tak tangkap gambar jalan sangat. Tapi memang korang kene mendongak jugak la tengok jalan. Banyak memerlukan big steps.


Jalan permulaan dia je dah mencacak sangat, dalam 50 to 60 degree rasanya. Ni Jalan lepas CP pertama. CP pertama dia ada tempat duduk. Kalau korang jumpa tempat duduk tu, kira hampir half jalan la rasanya. Aku tak reti estimate tapi tak silap aku, aku jalan dari entrance sampai CP1 ni ada la dalam sejam rasanya. 



Candid sangat gambar. Haha Ni CP1. Lepas daripada ni jalan dia okay sikit. Takde mencacak sangat dah. Sedang-sedang la. Mendatar sikit. Tp bila depan sikit, dia mencacak balik. Korang kenalah banyak-banyak bersabar. Naik dalam sejam jugak. Aku ada masalah cepat penat bila memarlukan pergerakan big steps sebab aku dah lama tak jogging and aku time ni baru lagi. So pace pun lambat and still tengah belajar control breathing. Aku nak nasihatkan, korang bila hike jangan bawak benda tak berguna seperti wallet korang. Dan baju tukar especially kalau day pack. Paling penting bawak ubat ubatan / safety kid, paling simple bwk minyak gamat and minyak angin botol kecil cukup la. Bawak kain, pisau, headlamp/ torchlight. Paling penting sebenarnya bawa wisel dan air yang mencukupi. Buat yang memang jenis kerap minum air disarankan bawa lebih dari 3 liter air sebab aku boleh kata Gunung Datuk ni panas jugak la walaupun dekat atas. Bila dah sampai atas, tu CP2 lah which is Camp Site. atas tu ada camp site sebelum korang kene panjat batu naik puncak.
 


Ni la Camp Site. Boleh la muat dalam 3-4 khemah rasanya. Dinasihatkan jugak sini takde water point ke sungai untuk korang jadikan kan source. Prepare air secukupnya kalau nak bercamping atas ni. Kita rest dulu sekejap sebelum naik peak. Beware peak memang panas sebab takde sebatang pokok pun okay atas tu. 100% batu. So korang bawak lah cap sendiri. Untuk muslimah-muslimah, time-time macam ni korang dah tak boleh nak sopan sangat, panjat je. Nak nasihatkan, korang jangan keluar dari track kalau taknak sesat dalam hutan. Jangan memandai buat track sendiri.


 This is it, tangga pertama untuk naik peak. Ni okay lagi. Takde lah takut sangat cuma kena pandai stabilkan diri takut terjatuh je.




Ni antara tangga-tangga yang aku panjat. memang tinggi dan menakutkan sebab dia bergoyang-goyang dan ada yang dah berkarat. So be extra careful bila nak naik. Ada satu lagi tangga yang lagi menakutkan daripada yang ni. Tangga last sekali sebelum sampai peak. Tu memang bagi aku super menakutkan. Jom tengok peak pulak.

 
 






Dah sampai! Best walaupun time ni kabur sikit sebab jerebu. Tapi still nampak pemandangan. Aku pun tak duduk lama atas tu sebab panas sangat. Ada lebih kurang setengah jam je aku duduk. Lagipun kitorang sampai tengah hari. Sebab tu lah panas dah. Tangkap gambar sikit, then kitorang pun turun.


Bangga gila naik masa musim panas dan berjaya takluk Gunung Datuk yang tinggi dan mencabar lah jugak. Plan ingat lepas turun tu nak naik Bukit Batu Putih dekat PD, tapi tak sempat sebab risau balik lambat sangat. Jadi lepas turun, pergi tukar baju dan makan KFC. Aku naik Gunung Datuk dalam 2 jam. Turun sejam je. kut pace masing-masing.


Aku balik naik KTM Sg Gadut ke KL dan macam biasa transit ke Klang. Masa kat Sg Gadut, hujan Ribut kuat sangat sampai nak menangis aku tunggu train sebab takut. Maklumlah KTM ni dekat atas, bukan dekat bawah. Penat, sepanjang perjalanan balik aku memang tidur je. 2 Jam dari seremban aku asyik terjaga 3-4 kali dengan harapan dah sampai. Tapi tidak haha. Untuk hikers beginner macam aku, Gunung Datuk ni okay la kalau nak panjat. Tapi aku syorkan korang naik Broga, Saga dan BBC dulu so that korang tak terkejut sangat dengan trail Gunung Datuk ni.

Untuk perempuan species aku yang minat tapi takut-takut lagi. Jangan risau, redah je sebab sampai bila kita nak takut kan, sebab kita takkan maju pun bila kita terlalu takut untuk take a step. Jangan risau kan cabaran bila hiking. Yup aku admit, banyak track yang memerlukan aku bertindak kasar, aku banyak jumpa track yang memerlukan skill memanjat mcm rock climbing. Ada track yang memerlukan keberanian yang tinggi especially bila kena berhadapan dengan tebing-tebing tinggi. Banyak lagi track-track yang mencabar aku pernah jumpa. Jangan takut untuk kelihatan kasar, sebab tu je cara untuk ke puncak. Kalau malu, duduk rumah je baca blog aku. Okay? haha. Tunggu next entry aku kemana pulak okay.

 Nur Insyirah Izzati
2:18PM
7 June 2016

Hiking -- Bukit Tabur East

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

2 March 2016 (Rabu)
11am - 2pm

Finally settle sudah xpdc naik Bukit Tabur East, dekat KL je bukit tabur ni. Ketinggian 200++ meter. Tak tinggi pun tapi sangat mencabar minda. Walaupun ini bukan pertama kali la aku pergi hiking, tapi aku tak pernah lagi jumpa track berbatu, dan sangat curam. Dan bila nak naik ke puncak akan ada kawasan batuan yang sangat-sangat menyeramkan. Dan dekat situ lah banyak kes-kes hikers mati sebab terjatuh. Batuan sahaja. I repeat, batuan sahaja. Kene naik segala batu untuk sampai ke puncak. Mungkin sebab tu nama dia Tabur East Extreme. Sebab memang extreme. Naik jalan curam. turun pulak kami tak lalu jalan sama, kami lalu jalan yang agak curam sebab berpasir, tapi okay sikit dari jalan naik.


Rasanya masa ni baru suku jalan dah penat sebab naik mencacak macam tu, kalau naik sikit-sikit macam kat Bukit Broga takpe, tapi ni macam tangga yang curam gila. So penat kita rehat dulu minum-minum air. Then kita teruskan lagi perjalanan naik.



So sampai lah check point pertama. Tak penat sangat sebab jalan dah okay sikit. Cantik sebab nampak view bandar semua. SubhanAllah. Tu antara nikmat bila pergi bermusafir. Dapat lihat ciptaan Allah dengan mata sendiri. Dalam 5 minit je rest, kitorang naik lagi..


Ni antara track dia yang tak curam sangat, tapi masih nampak curam. Masa mula-mula naik lagi curam dan tinggi. Alhamdulillah dapat naik dengan selamat. Tak faham aku apahal gambar aku banyk plak haha.




Yang ni pulak check point kedua, dah boleh nampak empangan dan sebagainya. Wallahi memang cantik sangat view dia. I can't resist korang yang hati kering yang tak kesah kasut rabak apa semua dan suka activity lasak, datang lah ke Tabur East ni. Memang takkan menyesal.. Next dalam 20 minit ke setengah jam kitorang naik sampai ke puncak Bukit Tabur. Memang magnificent. Duration aku naik masa tu sejam setengah je. Kalau santai-santai 2 jam sampai la.




Lepas dekat sejam dekat atas tu rehat and lihat keindahan alam, kitorang turun lalu track lain. Track licin and kalau pro tu boleh la kut nak turun laju-laju. Tapi aku ni perempuan turun slide je la guna kaki sebab takut nak step. Cuak kalau jatuh ke apa boleh tergolek kang jatuh gaung haha. Ni antara experience yang aku rasa indah dan berbaloi. Balik campus pkul 4.30. Pkul 5 petang ada meeting club. Dan migraine aku datang pulak. Haha. Penat tapi berbaloi dan syok!

Next stop aku akan update, bukit broga aku tak update sbb gambar aku tak pasti dekat mana aku simpan. InsyaAllah kalau aku jumpa aku akan update, kalau tak next aku update hiking naik gunung. Nak tau gunung apa? Tunggu~ Hehe. InsyaAllah Bukit Tabur West dalam perancangan lagi dan bukit and gunung yang lain. Tunggu ada masa.

Alhamdulillah harini dapat berita Kak Along aku dah selamat lahirkan baby pagi tadi. Dapat anak menakan dah hehe. Jadi makcik dah aku di usia 20 ni. :D

Assalamualaikum

Nur Insyirah Izzati
24 March 2016
4.53 PM
Shah Alam, Selangor

Short-Gateway

Assalamualaikum.


Aku tak nak ulang ayat "Dah lama tak update blog bla bla bla.." Aku dah bosan. So what's up? Rasanya blog ni dah tak ada pembaca kut sekarang. Sebab aku pun jarang ada masa nak update blog to be honest. Kekangan masa dengan waktu belajar dan berseronok. Actually tak ada lah berseronok pun tapi aku terlalu banyak aktivity yang perlu dibuat. Almost 2 months tak update blog dan aku dah janji nak update pasal percutian aku haritu yang aku rahsiakan. Yup aku nak cerita sekarang. Lantak pi lah ada pembaca ke tak haha..

Janji-Punya-Janji-Punya-Plan dalam 7 orang nak ikut g trip ni. Tapi yang sedihnya 4 orang je yang boleh pergi dan dah siap lah tempah tiket semua, Tapi sebab ada masalah sikit yang 'seorang' tu jadi tinggal tiga orang je yang pergi. Pergi mana je, alah pergi Langkawi je tak jauh pun la. Oh ye, yang atas ni kawan aku, nama dia Nadhirah dan aku saja suruh dia posing nak ambik gambar dia. Aku dengan Nadhirah je lah yang naik flight dari KLIA 2, yang lagi seorang, Kauthar memang budak kedah so dia dah gerak dulu. Tambahan dia ada sedara dekat Langkawi so senang lah urusan kitorang dekat sana, Tinggal nak cari chalet atau hotel je. Tapi Alhamdulillah sangat, kitorang ada la peneman takde lah pergi 3 orang je dan semua pun dah disediakan orang makcik Kauthar. Kami sampai dalam maghrib then Kauthar , adik and cousin dia ambik kami kat Airport. Dia siap dah book motel. Tak silap aku AB Motel dekat Cherating la ofcos. Dapat bilik yang macam chalet tu sangat-sangat lah best tak payah susah-susah panjat tangga ke apa. Malam tu hujan lebat dan kitorang makan luar, 


Keesokan paginya kitorang start buat activity, alah biasa lah nak pergi nama lagi kan kalau ke Langkawi, mandi pantai subuh-subuh, sarapan then siap-siap nak pergi naik Cable Car and Sky Bridge. Actually this is not the first time aku pergi bercuti, tapi ni pertama kali mama abah aku bagi lepas jauh sikit. So excited tu lebih sikit lah.. Ni lah kami 3 sekawan yang travel sendiri-sendiri tanpa pengawasan orang tua. Pandai-pandai jaga diri kan.


Yang ni masa tunggu turn nak naik cable car. Cantik sgt SubhanAllah tak tau lagi nak describe apa bila dah naik able car tu. Memang speechless. Kat tangan pegang phone and camera je snap gambar. Dengan dorang yang super sporting and degan aku yang tak reti nak duduk diam dalam cable car tu. Haha bayangkan lah goyang-goyang jadinya. 


This is the peak, Sampai pun Sky Bridge. Dekat sini aku paling suka, panas tapi angin dia mashaAllah rasa nak je duduk lama-lama sampai petang dekat situ sbb sejuk and the view is spectacular. Tapi the worst part bila nak kat sky bridge tu kitorand decide untuk jalan kaki lalu hitam sikit-sikit daripada naik transport yang disediakan. Although memang penat sebab kitorang tak cukup stamina but it was fun!


So, this is 3 of us yang stick with plan nak pergi bercuti sama-sama. Next, kitorang decide untuk balik motel sbb petang tu kitorang decide nak pergi island hoping. Ni semua wajib buat la kan. Beras basah, dayang bunting, tempat eagle semua kitorang pergi. And again, the view mashaAllah aku memang rasa nak jadi anak pulau. Tau je la kan Kedah memang banyak pulau yang cantik-cantik. Kitorang tak lepaskan peluang mandi kat tasik dayang bunting walaupun dalam sangat tapi aku nak jugak terjun. So lepas tu kitorang balik jeti and lepak-lepak kejap. Sorry sebab aku tak upload gambar banyak sebab aku pemalas sikit.


Masa ni dekat beras basah. Panas sangat hehe silau mata. Next activity balik motel and rehat je. Tapi aku ambil kesempatan lepak sorang-sorang ronda pantai. Best sebab belah petang memang banyak activities. Tapi aku tak join pun sebab aku tak nak mandi pantai dah petang tu. Banyak minah saleh bogel je situ. Haha. Ronda sambil makan pringles. Malam pulak kitorang pergi rumah aunty Kauthar. Banyak jugak benda yang kitorang tak payah banyak keluar duit sangat. Makan kitorang sekali je. Yang lain semua aunty kauthar belanja. Aunty dia baik sampai dia marah kenapa tak duduk rumah dia je. Haha tau la kitorang perempuan, anak dia semua laki, sorang je perempuan. So segan la. Kitorang tak lama pun dekat Langkawi, esoknya pagi kitorang mulakan misi mencari coklat, cari dekat 3-4 tempat dan aku habis RM200++ dekat coklat je. Jangan terkejut, si Nadhirah habis RM400++ (10 KG) dekat chocolate je kut sebab family kirim. And after zohor kitorang gerak naik feri pergi kedah. Dan sewa kereta pun free. Hehe


So ni dekat kedah. Rumah Kauthar, dekat belakang rumah dia tadaaaa terbentang luas sawah padi. MashaAllah aku dah la jarang nak nampak sawah. Selalu nampak dari jauh and susah betul nak jejak kaki tengok dengan mata sendiri, Budak bandar masuk kampung so dia jadi macam jakun sikit la. So banyak la jugak gambar kat sawah padi. Dekat dengan Gunung Jerai. Esok pagi kitorang g mandi sunagi kat kaki gunung jerai the tgh hari smpai malam kitorang pusing-pusing Kedah dan tada,, time tengah seronok cuti lah result nak keluar. Nad dah tengok and check depan kitorang, sure lah DL, Kauthar pun set-set deans List jugak tapi takut nak tengok. Aku pun sama sebab Final Sem 3 memang susah gila. Sbb ramai yang DL sem-sem lepas tak dapat tok Sem 3. Malam keesokannya kitorang fly balik KL. Satu malam aku stay rumah Nadhirah sbeba takde sape boleh ambik. Sebab kan kene paksa dengan dia tengok result, so aku pun tengok depan dia. Terus tahniah kat each other. Haha Alhamdulillah for the result sbb memang aku tak expect apa-apa pun. Sebab time study week main je, tengok wayang keluar berfoya semua. Alhamdulillah.

Aku banyak cerita sebenarnya nak cerita tapi aku busy sangat. Tak macam dulu, nak buat satu entry tak ambil masa lama pun. But now bila aku nak buat satu entry je memakan masa 2 hari. Sebab ada je kerja yang kene disettlekan dulu. Haha. Hopefully aku ada masa lagi nak menaip kat blog yang dah usang ni. Kalau orang datang blog ni jangan lupa tinggalkan footprint korang kat box tepi ni. So aku tau kewujudan korang.

Thank you for all those yang selalu view blog ni. InsyaAllah next time syera update. Sooner or later. Assalamualaikum

Nur Insyirah Izzati
11:32 AM
23 March 2016


Freedom



Assalamualaikum!

Semester 3 dah habis. Alhamdulillah rasa lega. To be honest rasa nak menangis jawab exam. Sebab soalan unexpected langsung. Rasa macam tak ada harapan pulak nak naik dean's list sem ni haha. Apa pun redha je la sebab memang susah pun sem ni. 7 subjects and 6 papers to be sit. Dah lepas pun. Dah habis muntah perah otak and penat tak cukup tidur semua. Jadi, cukup lah kita lupakan pasal final exam. Lama jugak kan tak update entry baru. Sebab tak ada masa, busy dengan club, classes, problems and tak cukup tangan nak buat assignment. Mana ada buat assignment last minute okay! tapi dah nak final biasalah lecturer bagi extra projects, lab exercises, quizzes, and tests. Nasib baik research and interview dah settle. If not, I don't know what my life will be. Baru diploma beb, dah macam ni punya stress. Belum degree lagi. Haha so just enjoy the life.

By the way, I'm Twen-Teen now. Oh actually 20 but not officially 20. But if I'm 20 pun, I still feels like Teenager. You know what I mean right? Haha, So jangan panggil aku kakak or senior or anything yang synonym with it. So memandangkan dah cuti Sem yang tak ada lah lama mana pun dalam 3 weeks je, so I decided to stay at home and qada' tidur and makan yang haih I cannot say lah berapa meals aku yang tergantung sebab study. So this is the time yang aku boleh berseronok walaupun masa study week and exam week aku still berfoya-foya siap boleh lenjan Dilwale kan Spectrum Mall, Ampang and Bowling dekat Ampang Point. Nasib baik tak pergi berjoli sampai ke KLCC. Haha kalau tak dah kene pelangkung dengan Abah. Abah ni time aku ada kat rumah tak mau pun nak borak ke tanya pape dekat aku. Time aku takde kat rumah la baru dia nak call la, aku dah 3 hari duduk kat ampang baru dia nak call tanya aku dah sampai ke belum. Alala rindu rupanya dekat anak dia ni. Malam New Year pun tanya taknak balik ke. Aku malam new year pun kat Ampang. Huhu first time new year without family.

Melencong topic lain pulak haha, so lepas dah penat mengqada' tidur, aku dah book tiket flight, pergi and balik ke somewhere. Ala dalam Malaysia je sebab nak simpan duit la buat umrah. Haha, so sekarang check list tinggal luggage bag and baju pebenda semua tu je. Minggu depan selasa dah nak gerak dah and aku still tak prepare apa-apa langsung. Sebab malas sangat-sangat MashaAllah haha. Ada sesiapa nak kemaskan? Hopefully my short gateway vacation ni seronok la even pergi bertiga je. No boys allowed okay. Only girls!

Wait for my upcoming entry. After my vacation I'll update okay, Bye! 



Ujian atau Balasan?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warakmatullahi Wabarokatuh




Bulan Ramadhan ni, terasa banyak kali diuji. Tapi sebenarnya itulah tanda kasih sayang Allah pada kita. Tidak kesah lah sama ada itu hanya ujian kepada kita ataupun balasan kepada dosa yang pernah kita buat. Kan? Sukarang-kurangnya, jika ujian, itu untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah, dan jika itu satu balasan untuk kita, maka kita sebenarnya telah terlepas balasan diakhirat, kan? Alhamdulillah untuk semua tu.

Jumaat lepas, 3 July 2015, Allah uji kami sekeluarga dengan kematian kucing kami, Koko. Siapa tak sayangkan haiwan peliharaan kan? mesti sayang macam ahli keluarga sendiri kan? Tapi sebenarnya dia dah banyak kali sakit, 2-3 kali operation, pernah kene sawan, pernah ada darah beku dekat kepala sebab terhantuk. Yelah kucing liar kan suka bergaduh rebut kawasan dan betina. Dia bukannya kucing yang bulu kembang mahal-mahal nak kene beli pasir untuk berak apa semua. Dia cuma kucing biasa kencing berak dalam tandas. Tapi kami betul-betul redha, Pagi tu, aku sendiri lapkan badan dia, bersihkan luka dekat badan dia, Lapkan mata dia.cium dia, panggil-panggil nama dia banyak kali. Tak tahu kenapa rasa lain macam, rasa nak tengok dia lama-lama. Usap badan dia. Tapi petang tu dia dah tak ada. Sayang, sayang sangat sebab dia dah beraya 2 tahun dengan kami. Kalau tahun ni dia ada, dah masuk tahun ketiga. Tapi takpe, dari dia terus sakit macam tu, lebih baik lepaskan dia. Dia dah tak sakit dah.. Terima kasih ya Allah, sebab anugerahkan dia kepada kami. Buat rumah ni lebih ceria. Terasa sangat bila dia takde. Sampai kadang-kadang setiap kali balik rumah, bangun pagi, sebelum tidur, akan cari dia, tengok dia, cium dia, usap dia.. tapi sekarang dah tak ada semua tu. Hati kene sabar. Kene kuat.

Ahad lepas, 5 July 2015 aku kerja part time. Dan itu hari pertama aku kerja untuk promotion Hari Raya yang dah maki dekat ni. Dan aku diuji dengan kehilangan beg aku, dalam tu semua benda peting aku ada. Dari phone, wallet, modem wifi, sehinggalah ke bedak powder aku. Aku terus balik, dan menangis. Kebetulan family aku tak ada kat rumah sebab buka puasa rumah kak long, jadi hari tu first time aku buka puasa sorang-sorang dengan hati yang remuk habis. Nasib baik bos aku baik dia bagi aku RM100 buat belanja apa yang patut. Aku hilang benda paling penting. IC, kad Bank, Kad Pelajar, Kad Siswa, lesen, duit dan kad-kad lain. Aku mengadu kat parents aku, aku kene marah balik haha. Sampai aku sumpah siapa ambil beg tu, rasa panas sampai dia pulangkan balik semua barang aku. Esoknya terus buat report sebab aku takut nak pergi sorang-sorang malam tu. Tapi bila difikirkan balik, mungkin ada dosa yang aku dah buat. Jadi aku kene stay positif, alhamdulillah ada orang nak tolong aku settlekan masalah ni. 

Jadi, biar lah sama ada ujian ataupun balasan, terima seadanya. Tawakkal dan teruskan berdoa. Semoga kita mampu tempuh dan ujian ujian yang diberi mampu jadikan kita lebih dekat dengan Allah, insyaAllah :)

Kelam Kelibut!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Hai teman-teman!


Ya Allah, dah lama sangat dah tak bukak blog ni. Ni pun malam ni terasa nak berblog pulak kejap memandangkan tersebut pasal blog dengan kawan. Ni yang atas ni housemate syera.  Diana dan Nadhirah. Sepatutnya ada seorang lagi tapi gambar dia still dalam phone tak masukkan lagi dalam laptop ni sebab malas yang amat sangat MashaAllah harap shaiton gemok malas ni pergi cepat-cepat daripada otak aku. Yup memang sememangnya hidup sebagai student (cewah macam aku sorang student lempang kang!) ni memang amat mencabar memandangkan setan gemok masih duduk dalam salur darah ni. Nak menangis rasa sebab syera ni pun semakin kuat makan sebab tu lah setan ni ligat nak hasut jadi malas. Asyik sebut pasal setan je pukul 2 pagi ni tak syok jugak. Dah lama tak stay up pepagi sebab penat je kerja. Baru buat kerja sikit dah penat kemain padahal Mini Project haram tak start lagi. Minggu depan dah nak kena hantar. Proposal pun tak buat lagi. Tau tambah lemak kat perut je. 

Memandangkan syera dah berblog sini syera nak cerita sedikit kisah hidup syera yang amat menyedihkan tapi kena redha jugak kah-kah. Ye, campus syera dekat KL (Jalan Sultan Ismail) tapi duduk dekat Ampang. Kah-kah orang kata pahal kemain jauh kau duduk. Syera pun tak tau nak jawab apa, dah rezeki dapat rumah situ. Sewa sebulan RM170 duduk 4 orang, tak masyuk? Selesa aircond takyah berhimpit, boleh memekak kah-kah (ini tipu, ditegah sama sekali), g class naik kereta. Okay lah kan. Dengar cerita macam seronok kan. Tapi apakan daya, bila abah mama tanya, syera jawab "Okay". Then diorang tanya "dah tu kenapa selalu balik rumah setiap minggu?" memang okay je duduk rumah tu, Cuma to-be-honest bila duduk rumah sewa ampang yang jauh gila dengan campus ni. Banyak makan duit sampai nak menyimpan pun tak boleh. Maklumlah dah fikir nak nikoh koh-koh-koh! Ni pulak tambah dengan yang abah kasi pun macam tak cukup je. Yelah bila makan tengahari pun kene keluar duit (for sure), and paling sedih makan malam pun kene berbelanja jugak disebabkan selalu balik lewat and tak sempat nak masak tambahan kitorang memang jenis pemalas gila nak masak so belanja je lah makan kat luar hari-hari. Nak saving tak boleh. Cara paling mudah nak saving, PUASA lah kan. Tu je la yang mampu buat. Faham je la KL ni makan punya mahal tapi barang murah lah kan. Tambah lagi sebelah campus dah bukak Mall baru,, Quill Mall. Jadi menangis lah kau di akhir bulan takde duit, so kene lah balik.

Jadinya bila ditanya tentang keadaan syera, yup i admit syera mengaku je and mengadu je susah mana. Jadi abah kata "Ulang alik je la dari rumah, duduk rumah senang. Hari-hari abah bagi duit belanja and duit sewa rumah RM170 tu guna untuk transport sebulan, abah kasi jugak. Makan pun dah saving" tapi banyak benda syera kene pertimbangkan seperti nak study dengan siapa, nak tanya siapa kalau tak faham apa kita belajar. And banyak lagi lah. Tapi keptusan ni pun kena pertimbangkan. 

Tambahan sikit, syera ada plan besar untuk pertengahan tahun ni. So keep in touch kalau nak tahu. Itu saje kut kali ni. Dah pukul 2.30 pagi. Dah kena tidur sebab esok ada class pukul 8.30 pagi. Ya Allah mengantuknya! Goodnight and Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh! Babai semua ~



Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Dah berapa bulan tak melawat blog ni. Busy dengan belajar, dengan walimah akak baru-baru ni lagi. Dengan final. Jadi banyak haiskan masa dengan belajar dan uruskan walimah akak. Sebenarnya bulan 12 tahun lepas hihi. Alhamdulillah semuanya baik-baik saje. Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang. Sini nak tunjuk sikit apa yang berlaku dekat walimah akak baru-baru ni.

6.12.2014 - Sabtu (Hari Akad nikah) Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.




























Kendurinya kemudian ya :)
Doakan semoga bahagia sampai syurga!